Not About Me

Sunday, January 29, 2012

AJL 26#2


"Dan tempat kedua anugerah juara lagu kali 26 pada tahun ini dimenangi oleeeehhhhhhhhhhhhhh!!!!!"


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
3 SUARA.......

Duit itu sebenarnya air

Dalam tempoh xsampai sebulan aku habeh RM 5K lebih....hahahaha.aku dah kata aku seorang yang boros macam menteri..



sat ja noh duit ni nak mengalir(kalau orang macam aku la yang belanja)....nanti zaman kita kerja kalau xdak 4 5 ribu macam payah ja nak beranak ramai2...dah la target aku kurang2 7 8 orang..tapi xpa la.orang kata anak2 tu rezeki mak bapak. Kesimpulan kat sini duit memang macam ayaq......

AJL 26

"Dan anugerah juara lagu kali 26 pada tahun ini dimenangi oleeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...."


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

Nak perasan sat

Kajian membuktikan segalanya
Boleh try men menatang ni dekat:  http://www.myheritage.com/

Saturday, January 28, 2012

we didn't start the fire..

Wednesday, January 25, 2012

Tips memilih ADUN

Pilihan raya dikhabarkan makin dekat......situasi makin hangat dan pelbagai isu-isu pedih mula ditambah iodine supaya lebih ummmmm....dan tempoh kempen yang diberikan suruhanjaya pilihan raya Malaysia untuk berkempen telah digunakan lebih awal dari yang diperuntukkan..dan ini sedikit tips untuk anda memilih wakil rakyat anda...


  1. pilih wakil rakyat yang rela bergelumang selut,membajak tanah,bersusah brsama rakyat hatta sanggup basuh bontot rakyat yang bernajis sekalipun..paling kurang pun tolong la beruihkan lantai rumah rakyat yang ditenggelami banjir..

contoh terbaik wakil rakyat pilhan ramai

2. pilih wakil rakyat yang cakap xmenyembuq ayaq liuq dan mulut xberbau.penting bagi mereka untuk
menjaga kebersihan diri dan etika.supaya anda selesa bila nakluahkan kesusahan rakyat kat dia nanti dan xrasa jijik sangat.dan paling penting sentiasa  senyum.

3. pilih wakil rakyat yang xsuka pakai kereta/rumah besaq2...hat ni sebab kurang2 dia xdak rasa teringin nak calas duit rakyat bayaq loan kereta dia.

4.perhatikan bini dia pulak...kalau bini dia rambut xtebai,hidung penyet2,muka kampung ja kiqa okay la ampa nak pilih laki dia jadi wakil rakyat pun..kalau sebaliknya selidik dulu sama ada dia suka menyimpan pitih dari kecik dak...kalau rasa dia ada saving jutaan ringgit baru approved.nanti senang..xyah nak tuduh
seleweng duit orang.

Seorang wakil rakyat(bersongkok & DUN dirahsiakan kerana beliau xnak dikenali)sedang memberikan bantuan kepada rakyat

5.pilih wakil rakyat yang xberkiqa kalau buat kebaikan...supaya nanti ampa semua xberasa macam pungkoq kalau tiba2 beralih aliran nak sokong parti len kalau dia duk ungkit jasa dia.

6.pilih juga wakil rakyat yang cergas,cerdas dan sihat jasmani...reason dia nanti pembaziran xberlaku kalau kena buat pilihan raya kecil akibat wakil rakyat sedia ada sudah kembali ke alam kubur.yang meninggal excident xberaya nak kata apa la...




Kalau anda memilih yang terbaik...xmustahil bantuan-bantuan seperti dalam gambar di atas ini akan digandakan lagi..







Monday, January 23, 2012

Semester 2

Sem 1 tamat.dan ber'result'kn cukup makan aku berjaya meneruskan jalan hidup sebagai bakal environmentalist dengan mengaji pulak dalam sem 2.Sem 2 ni plak rasanya lebih padat bagi aku sebab kredit hour pun lagi lebih dari semester 1 yang lepas iaitu 20 berbanding 17 kredit hour saja pada sem lepas.


Subject sem 2 yang lebih menggetarkan ulu hati

Jadual yang lebih padat serta meningkatkan keinginan hibernasi aku.

Monday, January 2, 2012

Lagu2 annoying 2011

Jangan butthurt kalau lagu kegemaran anda tersenarai...ni list yang aku nilai dari segi pandangan aku saja.antara kriteria yang aku buat ialah kebodohan lirik,keterlaluburukkan lagu,video klip cam projek video budak sekolah rendah dan kehenseman/kecantikkan penyanyi(penting ni)


  1. Arrora Salwa-ahmad


    2.  Forteen-berdua bersatu


   3.  Alif Satar-lelaki seperti aku


   4.  Gula-gula-suka gitu


   5.  Max 24:7-cinta 247


  6.  Prince of POP-kau main jauh2


  7. Gula-gula-kongkong


Sunday, January 1, 2012

Mahasiswa

Ramai yang cakap tugas mahasiswa ni adalah untuk belajar dan menjadi insan produktif.Memang betul dan aku sangat setuju.Mahasiswa hanya perlu belajar.

sumber google image

Belajar,belajar,belajar dan terus belajar. sampai 3 4 tahun pastu grad..grad dengan keputusan cemerlang sampai layak diarak keliling kampung pastu carik kerja,kawin.At the End,mati..Itu mahasiswa yang belajar memang ikut norma seorang mahasiswa yang asas..Tapi jangan lupa pelajaran sampingan atau tidak formal seorang mahasiswa yang akan banyak digunakan setelah keluar U nanti.Apa yang perlu seseorang mahasiswa belajar secara tidak formal adalah belajar berdikari,belajar memimpin,belajar menuntut dan mempertahan hak,belajar membezakan mana baik dan mana yang buruk and last but not least belajar menentang sebarang ketidak adilan/penindasan.

Pelajaran yang macam ni xmudah dan selalunya banyak rintangan serta dugaan.Contohnya rintangan adalah  seperti dibuat endah xendah,dinafikan hak dan suara,dibalun belatan sampai lucut gigi2 kekal,dijerkah macam budak kecik,dipandang serong,diugut masa depannya dan yang paling teruk membawa kematian..Tapi xrugi  malah sebenarnya lebih menguntungkan lagi.Satu sebabnya adalah kompom2 boleh jadi famous pastu twitter/FB pun dengan agresifnya di add oleh penyokong.Kalau hensem sikit akan ada peminat tambahan yang akan bersimpati secara sendirian didepan lappy kalau melihat gambar/video anda dikatok serta diheret pihak berkuasa sampai separuh lunyai.Silap haribulan boleh dapat awek yang berani jugak.just kidding..

Duanya,anda dapat berbakti kepada generasi terkemudian.Itu pun kalau suara dan segala permasalahan yang anda cuba bangkitkan didengar dan plan tindakan diadakan.Kalau hat atas buat dunno ja.Pastu kena hentam lagi memang sia-sia jugak la..Tapi jangan risau..semakin anda dihentak semakin membakar api perjuangan tersebut dan semakin ramai yang akan bersama anda.

Tiganya,anda akan merasai perjuangan rakyat dahulu yang berdemo sakan jugak untuk kesenangan kita yang ada sekarang ni.Maka anda akan menjadi seseorang yang  lebih patriotik serta membawa kepada pembangunan berterusan negara ini.Menjadikan diri anda insan yang lebih dipandang tinggi oleh orang2 yang kecut malu2 kucing macam aku.

Kalau kebanyakkan student universiti belajar pelajaran xformal macam ni dan apply dalam kehidupan.Dikuatkkan lagi dengan segala macam jenih ilmu bio,math,kimia,agama,philo yang duk ada kat U mengikut bidang masing2,mahasiswa yang akan dilahirkan bukan lagi seperti lembu yang dicucuk hidung atau pak turut yang hanya mengikut apa yang di suruh tanpa rasa ragu2 tetapi mahasiswa akan menjadi generasi pemimpin berkualiti untuk Malaysia.

Mungkin kerajaan xmaw sign2 berunsur lucah yang xmelambangkan  kesopanan  rakyat Malaysia ni kot kalau AUKU mansuh...lol

Macam karangan budak sekolah menengah bawah...haha..aku saja nak update blog.hat ni ja la aku boleh tulih pun pagi2 ni.Hanya pendapat sinikal xbes yang mai dari seorang penulis blog yang xhebat dan xdiminati awek2 mengenai isu yang tengah panas kat Malaysia.So,jangan la ada yang hardcore sangat dengan isi penulisan aku ni..Pa pun sampai hari ni aku duk tertanya-tanya sebab apa mahasiswa yang berdemo kalau xsehaluan dengan kerajaan dianggap bodoh?tapi yang demo sayangkan PM dianggap pandai?padahal dua2 tetap demo....hmmmmm.kompius..

P/s:saya hanya mahasiswa alam sekitar yang malas...