Not About Me

Wednesday, November 9, 2011

Aku dan kopi



Aku menghadapi masalah serius dengan kopi dimana kopi adalah my pleasure drug selepas Cik Siti(jangan pikiaq pelik)..hahaha..mana2 pi kedai ja order nescafe aih..balik bilik hentam susu kopi plak...selalu 3 4 kali sehari memang wajib la..semua orang taw yang kopi memang tinggi kandungan kafein..tapi nak buat camna..tu la yang duk bagi aku ketagih...pernah sekali aku deman dalam 2 mnggu..memang ganas la deman aku kali tu..dalam erti kata lain aku xminum nescafe sepanjang 2 minggu tu.last2 aku kena tanggung efek nescafe tu sendiri..nescafe tu berbisik-bisik kat telinga aku suruh aku minum dia walau segelas.tapi efek yang aku paling rasa mata aku akan mengantuk seawal jam 6 petang dan yang teruknya aku akan tidoq awai gila dalam pukul 9 sampai pagi besok(lebih tepat dan benar lagi tengahari besok).pastu bangun tu badan memang jadi lemah selemah taik yang mudah dipecahkan dengan semburan air..kafein memang digunakan sebagai medium untuk study sebab kafein dapat membantu mencelikkan@boost mata sehingga 2 3 pagi..tapi bila dah selalu sangat minum badan anda tidak dapat melakukan fungsinya secara normal tanpa bantuan kafein terutama otak kerana saraf2 yang mencelik kan mata sudah menjadi lemah apabila tiada kafein..Bila dah jadi macam tu, anda akan mengantuk tersangat-sangat dan xpeduli ada assigment,kelas,perjumpaan koko atau saman dari unit disiplin anda akan melentangkan diri anda xubah seperti mayat.xlupa juga mata anda sangat ngeri untuk ditatap kerana semerah biji saga...Tindakan aku selepas itu adalah dengan berpantang dari minum sebarang jenih kopi selama tiga bulan dan Alhamdulillah dah normal balik..




Sedikit studi aku mengenai kesan kafein yang melampau.Antaranya ialah :

  • Ulser
  • Masalah jantung
  • Sakit kepala
  • lekas marah@perongoih/perengus
  • masalah saraf
  • dehidrasi
  • mempercepatkan proses osteoporosis(wanita yang menopaus)


p/s: aku sebenaqnya xserik-serik lagi pun minum menatang ni.

No comments:

Post a Comment