Not About Me

Wednesday, December 21, 2011

A tribute to...

Pertemuan kali pertama kita xberapa menarik..kau berada disatu sudut sambil menjamah makanan yang ada dalam pingganmu....aku pula baru pulang dari menjalankan tanggung jawab seorang mahasiswa di sebuah universiti swasta di selatan negeri selangor dan meletakkan beg aku berhampiran dengan kau. Kau menghadiahkan lirikan manja yang cukup membuat aku agak terpesona seperti mengucapkan selamat pulang kepada ku.Adakah ini cinta pandang pertama...tapi aku perasan agak aneh,bukan aneh tapi agak sayu rasanya lebih sesuai untuk aku terjemahkan air muka kau pada ketika itu..seakan-akan sedang berjuang dari dalam walaupun kesunyian.Aku tidak pasti apa sebenarnya yang membuatkan kau kelihatan sebegitu...seperti ada penyakit sedang merobek-robek segala sistem imun dalam badan kau,mencarik-carik sel darah putih dan mengurangkan tahap kegembiraan yang xseperti selalu kau tonjolkan...

3 hari berlalu sejak pertemuan kali pertama kita..kita bermain-main di laman bersebelahan tadika mak aku.aku tinggalkan kau untuk bebas ke sana dan ke sini kerana cuaca pada hari itu agak baik..langit yang membiru berserta angin-angin yang seakan-akan berbisik di telinga kita membuatkan segalanya terasa sempurna pabila bersama kau sambil melayan-layan karenah manja dan comel kau. pada ketika itu aku sedar yang kau perlukan kebebasan ini..seperti biasa aku belanja makan makanan yang kau gemari berserta air yang selalu kau idamkan.nak bagi aiskrim kau xminat,nak bagi jajan rasanya lagi xsesuai memandangkan kondisi kau yang selalu sakit2.Aku ada terperasan yang kau agak selekeh kebelakangan ini.

Seminggu berlalu dan kita melepak di tempat yang biasa....kau menimbulkan rasa tidak senang kepada empunya tadika yang membenarkan kita untuk bermain-main di laman nya kerana kau banyak membuang sampah serta sisa-sisa yang berserat tinggi lantas mengotorkan halaman yang menjadi kegemaran kau. Kau akhirnya xdibenarkan lagi untuk bersiar-siar bersama aku.Sungguh sedih raut wajah kau pada ketika itu dan kau terpaksa duduk di rumah mu semula..

Pada keesokkan nya..kemuncak pertemuan kita berkhir kerana kau terlentang kesakitan dan menghembus nafas terakhir tepat pada jam 9.37 pagi. Aku masih ingat disaat mata kau yang terkatup  perlahan-lahan dan seiring dengan degupan jantung kau yang terhenti..Bagaikan halilintar yang menyambar dada ku untuk menerima pemergianmu.Pedihnya hati ini tiada siapa yang tahu.Aku sayu dan tidak mampu berkata apa-apa..mungkin salah aku juga kerana tidak menjaga kau selama ini dengan baik.

Kau dikebumikan pada petang itu dengan bantuan penggali kubur bersebelahan sebuah pokok nangka supaya senang untuk mengecam tempat persemadian kau.Berehat dengan sejahtera arnab ku....



R.I.P

P/s:Tribute to Tomy-arnab jantan berwarna kemerah-merahan setinggi 17 cm dan sepanjang 1 kaki.Berat
sekitar sekilo lebih.haha..burok dak aku tulis nak ala-ala novel..

No comments:

Post a Comment