Not About Me

Friday, November 16, 2012

OLDBOY

"You talk too much" - Lee Woo Jin




Sebuah filem lama tapi aku tertarik nak tengok lepas aku tengok sinopsis dia dekat album 'moviesfreak' cikgu English sekolah menengah aku dulu.

Kerana mulut otak hang yang binasa..mungkin ni terjemahan yang sesuai aku gambarkan untuk keseluruhan cerita. Bagaimana seorang lelaki sanggup tunggu 15 tahun untuk balas dendam yang bagi aku terlalu menyeksa jiwa. Cukup sempurna method yang digunakan watak antagonist untuk balas dendam. Agak blur pada awal permulaan cerita dan anda bakal menyelak satu persatu misteri atau mesej sebenar daripada watak antagonist tersebut. Dan 20 minit di pengakiran cerita ternyata satu kejutan luar biasa yang anda akan lihat. Percayalah!

Mungkin cerita sebegini xsesuai bagi yang nakkan excitement sejak awal permulaan cerita macam Expendable 1 & 2 *phewww . So pikir la leklok sebelom nak habehkan masa selama 2 jam untuk hadam cerita ni.

Rating : 9/10

Wednesday, November 14, 2012

1Post

Aktif blogger..huh?

Jangan harap.

Nak tulis ni pun pikiaq banyak.

-SEKIAN-

Monday, November 12, 2012

BLOG MAINTENANCE IN PROGRESS

-----load 68%------ 



Thursday, August 30, 2012

wow...aman?seriously?




Aman?huh?taw dak sbb apa 999 sntiasa ja tayang kt TB3 smpai hari ni..sbb 'aman' la..jenayah domestik terlalu banyak sampai xcukup paper ngn berita,kena ada satu lagi slot rancangan jenayah.

Tangan kena tetak,kena tembak depan sekolah anak,bunuh kerat 6 pastu bakaq dalam satu minggu?Aman?Janji ditepati?Kini masa balas harta org?

Ironinya, ayat last dalam buletin utama tadi cakap kita rakyat Malaysia harus bersyukur dengan keamanan yang dikecapi tapi seminit 2 lepas tu tunjuk 999 dengan pengacara lewat 30an berlagak muda kononnya dia la pengacara paling serius cakap pasal kejadian tembak menembak sampai mati.

Taw dak apa bukti sebenaq Malaysia aman,penyamun senang2 balas moto depan public dan org ramai yg dekat xbuat apa-apa.Tu ja..terlalu aman sampai kejadian samun hanya dianggap sekumpulan remaja lawan melawak berebut moto.

yes i'm sitting in front of my lappy and this is the only thing i could do, being a big mouth dude.


Saturday, June 2, 2012

20

Hehe...Alhamdulillah hari ni masuk secara official dah 20 tahun aku tengok dunia..dalam 20 tahun ni macam-macam jugak la aku dapat tengok kat dunia ni...better aku cakap aku start dari 3 4 tahun sebab waktu 2 tahun kebawah aku xleh ingat apa2 yang aku buat. So, papun Happy Birthday to ME..hahahahahahaha..sambut la sorang-sorang aku.Aku saja hide birthday kat Fb sebab nak tengok ada dak yang persan birthday aku..tapi malangnya tidak..haha.padan muka.maka sekali lagi sambut la sorang-sorang aku.xdak family nak sambut dan xdak Cik Siti kali ni. dan sebab aku mai tulih kat blog pun sebab xdak orang nak baca..kah3 Me forever Alone!



Thursday, May 31, 2012

Dilema






p/s : saja takdak keja

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Thursday #1

Sebab utama saya bizi(buat2) sampai jarang tulih status FB,tweet mahupun layan awek ada dalam gambar ni.




Sunday, May 6, 2012

Paranoid


Hari ni aku ada tengok berita 1.30 kat TB3 kata kat eropah kempen anti-Islam semakin meluas..dan semalam aku ada tengok orang post pasal agenda dan tuntutan yahudi melalui beberapa pemimpin pembangkang dekat Malaysia tapi secara article SAHAJA tanpa sebarang pengesahan. Yang anehnya benda tuntutan ni benda yang sama aku tengok dalam video BTN dulu. Sebijik cuma dulunya isu IFC dan setiausaha PAS tapi sekarang melibatkan Ambiga(sebab BERSIH 3.0) dan Lim Guan Eng(sebab pemimpin DAP). Then tiba-tiba aku terfikir dekat eropah ada jugak tak orang yang sebarkan agenda-agenda tersembunyi Islam dan tuntutan Islam maksud aku macam kat Malaysia ni kerana almaklumlah sekarang ni sememangnya Islam sedang berkembang dekat Eropah dan mungkin sebab itu sentimen anti Islam dimainkan untuk memastikan sehabis baik rakyat di negara masing-masing tidak 'terpengaruh' dengan dakwah Islam dan berlaku la kempen macam kat TB3 tu.

Mungkin ini hanya pertanyaan dalam hati kecil aku dan aku pun tak tahu. Kalau pakat tak setuju tak pa la sebab masing-masing ada penilaian sendiri. Mungkin betol dan mungkin salah tapi kalau benarlah seperti yang aku duk rasa ni ada, kita boleh tengok la bagaimana pemerintah menggunakan isu-isu agama demi mengekalkan kuasa mereka ataupun demi kepentingan masing-masing. Mungkin agenda yahudi semua ni betol dan sulit lagi tersembunyi sampai susah nak dibuktikan dengan solid tapi entah la...kenapa aku rasa perkara-perkara macam ni hanya mainan politik.

Bukan sebab aku tak concern dengan agama Islam sendiri tapi kita macam boleh lihat yang semua ni lebih kepada agenda memparanoidkan orang supaya tak memilih yang apa yang mereka nak percaya tapi atas alasan  nak menyelamatkan agama masing-masing. Dah tu siap letak sila share kalau anda sayang kan Islam dan andalah pejuang Islam sebenar. Memang bagus kalau sebarkan info tapi kalau bab share-share ni aku takut aku share benda yang salah dah tu ramai orang pulak percaya. Last-last jadi fitnah terhadap agama..tapi apa-apa pun kita tetap kena beware. Bukan sebab agenda-agenda ni semua tapi beware dengan diri dan iman kita sendiri..tak gitu.Sekian Wallahualam.


P/s : aku tulis tanpa sebarang bukti susulan sebab ni semua hanya pandangan sendirian berhad.dan aku ada sertakan link mengenai paranoid.tapi xtaw la hat ni agenda yahudi gk

http://paxwill.hubpages.com/hub/Paranoia-and-Paranoid-Schizophrenia

Monday, April 30, 2012

Ya..Mungkin Saya Bodoh

Malam ni aku rasa macam nak post satu entry...mungkin lepas aku ada baca tentang BERSIH 3.0 tadi..Aku xmaw letak apa-apa pendapat kat sini dan sememangnya ada saja isu-isu yang digunakan oleh dua2 belah pihak dengan sebaiknya.Aku x nafikan yang berita di TV tempatan agak over dalam memberi maklumat kepada rakyat dan perkara ini juga merupakan antara titik tolak pertama yang buat aku rasa kerajaan xberapa adil ketika itu aku masih di sekolah menengah iaitu tiada kebebasan media yang aku lihat kat Malaysia..Aku dulu pun mentah dan muda..semua yang ada di TV semua aku angguk dan telan bulat2. Tapi disebabkan makin lama makin berkembang otak manusia sesuai dengan umurnya aku mula berfikir yang pihak pembangkang dekat Malaysia ni memang tak selalu masuk TV ka? Aku mula nampak ketidak adilan di situ..dan ini xdak kaitan dengan dakyah pembangkang sikit pun..Orang macam aku dapat tengok kekurangan kerajaan melalui kekuatan mereka sendiri.

 Maka makin lama makin aku tertarik membaca blog-blog dan tulisan-tulisan yang pro-pembangkang...Aku boleh dikategorikan sebagai apa yang penyokong BN katakan orang BODOH sebab terpedaya dengan dakyah dan helah pembangkang..tapi aku xkisah semua itu.Aku cuma nak tengok bagaimana pembangkang memerintah nanti..adakah ianya seperti apa yang diharapkan rakyat ataupun sebaliknya sebab aku percaya yang kita ada kuasa dan jikalau kerajaan sedia ada boleh tumbang hasil usaha rakyat apatah lagi bakal kerajaan baru nanti kalau2 taik juga yang mereka berikan pada rakyat. Ada yang kata kalau pembangkang memerintah nanti jangan menyesal la kalau hak2 kita tergadai. Bagi aku kita xperlu takut dengan slogan sedemikian. Percaya la pada apa yang kita pegang cuma aku agak terkilan bagaimana sesetengah orang dengan senang-senang menghina Ulama.

Jikalau aku silap dalam hal ni maka awal lagi aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi ingatkan aku betapa bahayanya pembangkang dan diharapkan kalau sebaliknya moga kita sama2 peroleh manfaat dari perjuangan kita walaupun berbeza lane dia. Kearah Malaysia yang lebih baik sebab Saya Pun Sayangkan Malaysia



P/s : Lagu ni penyanyi dia yahudi..sorry la kalau2 aku xtersengaja jadi agen yahudi...lirik dia pun xdak kaitan sangat..

F.U.C.K



 Aku nak hadiah kan satu jari tengah buat mana-mana peminpin yang akan, sedang atau sudah lupa jasa rakyat yang bermati-matian bejuang untuk parti tersebut dengan harapan hak mereka dikembalikan dan kepercayaan dengan apa yang di tanam dalam fikiran mereka tentang indahnya kerajaan pimpinan yang mereka pilih dan juga kepada pemimpin yang sembang kencang di puncak tapi lupa nak tunjuk betapa benarnya kata-kata hang.

Dengan garangnya berkata "Jangan Cabar Saya" tapi orang ajak buktikan di medan debat pun bagi alasan macam orang xdak konek atau lebih malang bergenital seperti wanita. Hang boleh kata rakyat yang nak tuntut benda yang elok sebagai manusia yang memalukan negara dan dengan penuh senyuman serta kata-kata menyindir tajam bagai walhal rakyat tenat dibelasah,disembur air kimia, hidu gas pedih dan dicaci mereka yang lansung xpaham apa erti pilihanraya bebas. Mungkin ada yang akan kata kita sudah ada sistem pilihan raya yang adil. Memang sistem tapi bukan pengamal! Sekian..

 

Monday, April 9, 2012

I'm writing without thinking




Write something random huh! hahaha...nak random kan apa pun aku xtaw..so mari kita tengok  menulis tanpa berfikir akan menghasilkan penulisan yang bagaimana bermula dari huruf pertama entry ini ditulis sampai ke huruf yang terakhir..adakah huruf ini yang akan jadi pengakhiran? xtentu bukan...saya terus menulis tanpa sebarang idea muncul pun.mungkin inikah yang dimaksudkan dengan tulis secara random tersebut..apa pun terdetik jugak di benak pemikiran tentang sebuah idea untuk menghasilkan buku tapi rasanya tidak cukup berpengalaman lagi..agak-agak buku bagaimanakah yang orang Malaysia tengah dambakan sekarang ini.nak menulis perihal agama memang tidak ada gayanya. Lagi pun sudah ramai penulis-penulis kitab motivasi yang buat duit mudah dengan royalti buku walhal tajuk-tajuk buku yang bersepah di toko-toko buku hanya seperti "Simbol-simbol Dajjal Dalam Masyarakat Dan Pemimpin-pemimpin Dunia".Yang hairannya mereka lebih senang menelaah sesuatu yang besar tetapi memusykilkan serta ianya masih sebuah teori yang tidak kukuh tetapi diri masing-masing masih tidak mengikut hukum yang lebih fokus dan dalil sebenar. Pedulikan hal tersebut..mungkin hanya sekadar pandangan kasar tanpa sebarang penelitian yang mendalam lagi. 

Ramai di kalangan rakan yang dah berjaya dengan hasil kerja keras mereka bahkan ada yang sudah ada nama pena yang tercetak di kulit keras sebuah buku. Bangga diselangi dengan cemburu..Ya! Mereka hebat dan dapat berfikir sehingga ada jugak buah tangan yang boleh dijaja. Tidak dibafikan juga kadang-kadang melihat buah bicara orang-orang hebat yang tidak perlu saya nyatakan di sini kerna anda semua sedia maklum membuatkan saya rasa kerdil dan ingin setaraf dengan mereka. Ada seorang teman lama mengatakan saya unik dengan cara saya sendiri.. Bagi saya semua orang unik kerana DNA setiap dari kita memang dalam susunan yang unik dan tersendiri. Memang dari sekolah menengah lagi saya bukan la individu yang menyerlah bahkan selalu saja mengecewakan sesiapa yang mengharap. Tapi dalam diri ini kekadang muncul satu rasa yang tidak terdefinisi dengan perkataan mahupun percakapan. Satu rasa yang ingin menunjukkan bahawa aku juga boleh..nama aku juga boleh dicananag seperti mereka. Bagi saya sudah lumrah juga mereka yang berjaya semasa di sekolah menengah sering kali menjadi bualan para guru disertakan dengan pujian-pujian bonus seperti mereka yang berjaya ini semuanya serba boleh termasuk akhlak dan kokurikulum. Apa pula yang terjadi kepada yang tinggi nilai akhlaknya tetapi bukan rezeki mereka untuk dapat keputusan yang cemerlang dan bagaimana pula perasaan mereka yang tidak di bisik sekalipun kerana tidak pernah memuaskan kehendak sistem pendidikan yang nakkan kuantiti A yang banyak. Ini bukan la seperti entry Why I regret Getting straight A's kerana penulis bukan ada 10 ketul A pun. Itu cerita lain yang tidak mahu saya ulaskan.. 

Tanya sahaja berapa ramai pelajar mereka yang dapat semua A yang mereka ingat dan berapa pula yang tidak terpapar di slip keputusan peperiksaan mereka 10A 11A dan 12A yang guru-guru ingat. Memang mustahil untuk guru-guru mengingati semua pelajar mereka tapi hakikatnya mereka yang cemerlang sahaja selalu di highlight menggunakan highlighter yang paling fluorecent dan terang.Itu tidak apa sebab apa gunanya bercakap tentang seseorang yang tidak ada jasa. Bukan boleh dibuat sebagai motivasi kepada adik-adik  di menengah bawah pun. Betol bukan?

Aku yang tidak pernah dikenali pun rasanya punyai hak untuk berjaya dan kejayaan di dunia tidak memestikan anda berjaya di dalam peperiksaan yang distandardkan sahaja. Dan pada hemat saya orang yang berjaya di dunia adalah orang yang meninggalkan dan mencapai sesuatu yang berguna sebelum matinya. Pandangan demikian masih lagi isi yang besar dan tebal kulitnya..perlu dikupas terlebih dahulu untuk dijamah khasiatnya.

hahaha...maka tamatlah penulisan ini. Bodoh bukan penulisan tanpa berfikir ini dan jikalau ada sebarang perkara yang salah maka maafkan diri yang menulis ini kerna ini adalah penulisan random yang ditaip secara terus tanpa dikaji kesannya terlebih dahulu.. Maka segala argument anda adalah invalid..kahkahkah. Panjang jugak noh

Tuesday, April 3, 2012

Hai Hai Hai

Lama xpost sesusatu..haha...alasan kali ni sebab aku xdak sebab nak menulih dah...nak review pun dah lama x tengok wayang..buku pun dah xtambah baru.so,mati akai la nak tulih apa2..ni semua sebab aku punya spend untuk berhibur dah dikurangkan.Nak berjimat untuk sesuatu yg lebih penting dan dalam erti kata lain masa depan aku jugak...masalahnya ini bukan simpan duit untuk kawin walaupun ianya melibatkan masa depan.Cuma aku xleh heboh kan lagi sebab tu..hahahaha..aku kan misteri orang nya..shit !

Saturday, February 25, 2012

Projek NILAM

Bulan ni aku duk target nak habehkan 2 bijik buku..satu dah habeh tinggal satu gi ja...


Zombijaya aku dah setelkan dan aku sangat teruja la dapat habeh kan.lagi satu aku bagi rating 3 bintang daripada 5 la..cerita zombi yang ke'Malaysia'an ni memang jarang ada.Bukan sebab xbest aku taruk 3 bintang tu.Bagi aku memang best dan fun reading tapi kalau dikategorikan mengikut tema dan jalan cerita novel ni masih lagi xcukup original dan banyak perkara2 atau adegan tipikal dalam sebuah karya melibatkan zombi dalam mana2 jenis penyampaian pun tapi still ada elemen2 yang boleh dikatakan datang dari idea penulis.cuma gaya penceritaan atau gaya bahasa yang xformal lebih sedap dibaca dan terasa lebih dekat dengan realiti sekitar kita tambah2 orang yang tinggal area2 yang ada tertulis dalam novel ni..mesti anda akan terbayang-bayang jika ianya benar2 berlaku.Orang yang nak kan novel selain novel cinta yang buat anda muntah2 bek ampa cari buku ni xpun salah satu dari koleksi BukuFixi sebab depa ni memang publisher yang mengetengahkan karya2 urban dan kontemporari.Entah last sekali aku berjaya habehkan baca novel tahun bila pun xtaw..yang buku kaler pink biru tu aku baru baca separuh ja...al maklum la..aku bukan pembaca yang komited sangat.kalau dapat buku aku suka baca rilek2...xpayah nak habeh kan dalam 2 3 hari sangat la.




Buku ni lagi penting dari 22 buku kt atas tu...tapi rasanya aku memang xdapat habehkan jugak..hahahaha.
Akhir kata, jangan kata apa pasai cadar aku..hahaha..memang cadar aku ni comel sikit sebab aku men rembat ja kat rumah..lagi satu cadar ni sedap tidoq.

Friday, February 24, 2012

A Must Watch Movie


Rasanya xperlu lah aku review kan..apa kata ampa try pi tengok sendiri...serious best.Kalau xbest tu macam besa la aku nak kata..hahaha.taste manusia xsama.




Sunday, February 5, 2012

Salam Maulid..:)

Sehari cari buku

Sempena baucer buku sebanyak 200 hinggit yang diberikan oleh kerajaan(petanda-petanda besar PRU) akupun keluar la ditemani Cik Siti pi cari-cari buku apa yang patut.tapi tu perkara utama..perkara xutama kami keluar pi lepak TS tengok wayang sampai 2 movie direct..fes tengok The Grey lakonan Liam Neeson..sempoi gak la...cerita macam mana nak survive kalau tiba2 kapal terbang anda naik jatuh bersepai dekat2 Alaska xpun Canada yang sejuk.Pastu Jacob dan keluarga serigalanya pulak pakat duk mai ligan nak tunjuk sapa power dalam puak serigala dan layak di angkat menjadi Alpha dog..mati la hampa satu persatu kalau xkena cara..kalau nak taw cara dia..tengok la The Grey.Seriously,anda boleh rasa sendiri betapa berdebarnya nak lari dari geng serigala yang besaq2 penyepak dan macam mana nak harung salji yang boleh jadi negative 10 darjah celsius.Aku bagi 7 markah daripada 10!



Filem Kedua pulak kami tengok Chronicle...hat ni pun boleh la nak layan...lagi Okay dari cerita Azura 8 juta kali ganda.Cerita pasal budak2 remaja  seramai 3 orang yang dapat power telekinetik selepas masuk kat dalam satu gua yang ada kristal biru..lepas kelam kelibut cikit masa nak dapat power tu tiba2 ja tunjuk depa dah boleh guna power tu.Berlatih dan terus berlatih depa jadi makin power..mula-mula semuanya indah ngan power tu.tapi lepas dah xleh kontrol amarah segala amarah yang terpendam berdekat lamanya akibat masalah keluarga yang teruk dan sering kali menjadi mangsa buli di sekolah akhirnya jiwa nerd dan pendiam salah sorang member depa ni bertukar menjadi ganas serta xleh nak kontrol lagi...habeh semua benda dia nak gerakkan.malangnya lag...budak nerd ni paling power antara mereka bertiga dan menggelarkan dirinya pemangsa Apex dalam carta aliran pemangsa yang bermaksud the most powerful predator mengikut teori Evolusi.Bersepah la bandar yang depa duduk tu dikerjakan budak ni.dan ending dia memang superb jugak la...bagaimana member2 yang duk men sekali terpaksa nak bunuh kawan dan lebih tepat sepupu sendiri walaupun dia amat simpati ngan nasib sepupu dia tu demi keamanan sejagat.


Apa yang bernilainya tentang filem ni adalah nilai brotherhood yang ditunjukkan dan bagaimana seorang yang selalu pendiam boleh jadi lagi merbahaya dari pembuli yang berlagak bag0s kat luar sana. Xlupa jugak...cinematography filem ni yang unik dimana semuanya adalah dokumentari dari video recorder budak nerd tersebut dan beberapa lagi dari sumber recording lain.Memang best jugak la...Ni aku bagi 7.3 la...





Lepas tengok wayang pulak..kami pun pi la MPH dekat Midvalley...aku xda la nak beli buku sangat sebab dah ada buku apa yang patut.So, baucer tu aku beli la koleksi buku lain yang aku rasa boleh jadi bahan berguna.Kalau aku xbaca sekarang pun kurang-kurang boleh jadi koleksi.nanti xdak la kosong sngat almari buku..bila free boleh gak settle kan buku-buku tu.Tapi benda penting yang aku beli adalah senaskah Al-Quran...hahahaha.sebab kat bilik xdak sebijik pun.Rasa2 DS Najib dapat pahala dak kalau sapa2 baca Al-Quran yang dibeli guna baucer dia bagi ni??


dan baucer aku ada lagi baki RM50...

Sunday, January 29, 2012

AJL 26#2


"Dan tempat kedua anugerah juara lagu kali 26 pada tahun ini dimenangi oleeeehhhhhhhhhhhhhh!!!!!"


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
3 SUARA.......

Duit itu sebenarnya air

Dalam tempoh xsampai sebulan aku habeh RM 5K lebih....hahahaha.aku dah kata aku seorang yang boros macam menteri..



sat ja noh duit ni nak mengalir(kalau orang macam aku la yang belanja)....nanti zaman kita kerja kalau xdak 4 5 ribu macam payah ja nak beranak ramai2...dah la target aku kurang2 7 8 orang..tapi xpa la.orang kata anak2 tu rezeki mak bapak. Kesimpulan kat sini duit memang macam ayaq......

AJL 26

"Dan anugerah juara lagu kali 26 pada tahun ini dimenangi oleeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...."


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

Nak perasan sat

Kajian membuktikan segalanya
Boleh try men menatang ni dekat:  http://www.myheritage.com/

Saturday, January 28, 2012

we didn't start the fire..

Wednesday, January 25, 2012

Tips memilih ADUN

Pilihan raya dikhabarkan makin dekat......situasi makin hangat dan pelbagai isu-isu pedih mula ditambah iodine supaya lebih ummmmm....dan tempoh kempen yang diberikan suruhanjaya pilihan raya Malaysia untuk berkempen telah digunakan lebih awal dari yang diperuntukkan..dan ini sedikit tips untuk anda memilih wakil rakyat anda...


  1. pilih wakil rakyat yang rela bergelumang selut,membajak tanah,bersusah brsama rakyat hatta sanggup basuh bontot rakyat yang bernajis sekalipun..paling kurang pun tolong la beruihkan lantai rumah rakyat yang ditenggelami banjir..

contoh terbaik wakil rakyat pilhan ramai

2. pilih wakil rakyat yang cakap xmenyembuq ayaq liuq dan mulut xberbau.penting bagi mereka untuk
menjaga kebersihan diri dan etika.supaya anda selesa bila nakluahkan kesusahan rakyat kat dia nanti dan xrasa jijik sangat.dan paling penting sentiasa  senyum.

3. pilih wakil rakyat yang xsuka pakai kereta/rumah besaq2...hat ni sebab kurang2 dia xdak rasa teringin nak calas duit rakyat bayaq loan kereta dia.

4.perhatikan bini dia pulak...kalau bini dia rambut xtebai,hidung penyet2,muka kampung ja kiqa okay la ampa nak pilih laki dia jadi wakil rakyat pun..kalau sebaliknya selidik dulu sama ada dia suka menyimpan pitih dari kecik dak...kalau rasa dia ada saving jutaan ringgit baru approved.nanti senang..xyah nak tuduh
seleweng duit orang.

Seorang wakil rakyat(bersongkok & DUN dirahsiakan kerana beliau xnak dikenali)sedang memberikan bantuan kepada rakyat

5.pilih wakil rakyat yang xberkiqa kalau buat kebaikan...supaya nanti ampa semua xberasa macam pungkoq kalau tiba2 beralih aliran nak sokong parti len kalau dia duk ungkit jasa dia.

6.pilih juga wakil rakyat yang cergas,cerdas dan sihat jasmani...reason dia nanti pembaziran xberlaku kalau kena buat pilihan raya kecil akibat wakil rakyat sedia ada sudah kembali ke alam kubur.yang meninggal excident xberaya nak kata apa la...




Kalau anda memilih yang terbaik...xmustahil bantuan-bantuan seperti dalam gambar di atas ini akan digandakan lagi..







Monday, January 23, 2012

Semester 2

Sem 1 tamat.dan ber'result'kn cukup makan aku berjaya meneruskan jalan hidup sebagai bakal environmentalist dengan mengaji pulak dalam sem 2.Sem 2 ni plak rasanya lebih padat bagi aku sebab kredit hour pun lagi lebih dari semester 1 yang lepas iaitu 20 berbanding 17 kredit hour saja pada sem lepas.


Subject sem 2 yang lebih menggetarkan ulu hati

Jadual yang lebih padat serta meningkatkan keinginan hibernasi aku.

Monday, January 2, 2012

Lagu2 annoying 2011

Jangan butthurt kalau lagu kegemaran anda tersenarai...ni list yang aku nilai dari segi pandangan aku saja.antara kriteria yang aku buat ialah kebodohan lirik,keterlaluburukkan lagu,video klip cam projek video budak sekolah rendah dan kehenseman/kecantikkan penyanyi(penting ni)


  1. Arrora Salwa-ahmad


    2.  Forteen-berdua bersatu


   3.  Alif Satar-lelaki seperti aku


   4.  Gula-gula-suka gitu


   5.  Max 24:7-cinta 247


  6.  Prince of POP-kau main jauh2


  7. Gula-gula-kongkong


Sunday, January 1, 2012

Mahasiswa

Ramai yang cakap tugas mahasiswa ni adalah untuk belajar dan menjadi insan produktif.Memang betul dan aku sangat setuju.Mahasiswa hanya perlu belajar.

sumber google image

Belajar,belajar,belajar dan terus belajar. sampai 3 4 tahun pastu grad..grad dengan keputusan cemerlang sampai layak diarak keliling kampung pastu carik kerja,kawin.At the End,mati..Itu mahasiswa yang belajar memang ikut norma seorang mahasiswa yang asas..Tapi jangan lupa pelajaran sampingan atau tidak formal seorang mahasiswa yang akan banyak digunakan setelah keluar U nanti.Apa yang perlu seseorang mahasiswa belajar secara tidak formal adalah belajar berdikari,belajar memimpin,belajar menuntut dan mempertahan hak,belajar membezakan mana baik dan mana yang buruk and last but not least belajar menentang sebarang ketidak adilan/penindasan.

Pelajaran yang macam ni xmudah dan selalunya banyak rintangan serta dugaan.Contohnya rintangan adalah  seperti dibuat endah xendah,dinafikan hak dan suara,dibalun belatan sampai lucut gigi2 kekal,dijerkah macam budak kecik,dipandang serong,diugut masa depannya dan yang paling teruk membawa kematian..Tapi xrugi  malah sebenarnya lebih menguntungkan lagi.Satu sebabnya adalah kompom2 boleh jadi famous pastu twitter/FB pun dengan agresifnya di add oleh penyokong.Kalau hensem sikit akan ada peminat tambahan yang akan bersimpati secara sendirian didepan lappy kalau melihat gambar/video anda dikatok serta diheret pihak berkuasa sampai separuh lunyai.Silap haribulan boleh dapat awek yang berani jugak.just kidding..

Duanya,anda dapat berbakti kepada generasi terkemudian.Itu pun kalau suara dan segala permasalahan yang anda cuba bangkitkan didengar dan plan tindakan diadakan.Kalau hat atas buat dunno ja.Pastu kena hentam lagi memang sia-sia jugak la..Tapi jangan risau..semakin anda dihentak semakin membakar api perjuangan tersebut dan semakin ramai yang akan bersama anda.

Tiganya,anda akan merasai perjuangan rakyat dahulu yang berdemo sakan jugak untuk kesenangan kita yang ada sekarang ni.Maka anda akan menjadi seseorang yang  lebih patriotik serta membawa kepada pembangunan berterusan negara ini.Menjadikan diri anda insan yang lebih dipandang tinggi oleh orang2 yang kecut malu2 kucing macam aku.

Kalau kebanyakkan student universiti belajar pelajaran xformal macam ni dan apply dalam kehidupan.Dikuatkkan lagi dengan segala macam jenih ilmu bio,math,kimia,agama,philo yang duk ada kat U mengikut bidang masing2,mahasiswa yang akan dilahirkan bukan lagi seperti lembu yang dicucuk hidung atau pak turut yang hanya mengikut apa yang di suruh tanpa rasa ragu2 tetapi mahasiswa akan menjadi generasi pemimpin berkualiti untuk Malaysia.

Mungkin kerajaan xmaw sign2 berunsur lucah yang xmelambangkan  kesopanan  rakyat Malaysia ni kot kalau AUKU mansuh...lol

Macam karangan budak sekolah menengah bawah...haha..aku saja nak update blog.hat ni ja la aku boleh tulih pun pagi2 ni.Hanya pendapat sinikal xbes yang mai dari seorang penulis blog yang xhebat dan xdiminati awek2 mengenai isu yang tengah panas kat Malaysia.So,jangan la ada yang hardcore sangat dengan isi penulisan aku ni..Pa pun sampai hari ni aku duk tertanya-tanya sebab apa mahasiswa yang berdemo kalau xsehaluan dengan kerajaan dianggap bodoh?tapi yang demo sayangkan PM dianggap pandai?padahal dua2 tetap demo....hmmmmm.kompius..

P/s:saya hanya mahasiswa alam sekitar yang malas...