Not About Me

Monday, April 9, 2012

I'm writing without thinking




Write something random huh! hahaha...nak random kan apa pun aku xtaw..so mari kita tengok  menulis tanpa berfikir akan menghasilkan penulisan yang bagaimana bermula dari huruf pertama entry ini ditulis sampai ke huruf yang terakhir..adakah huruf ini yang akan jadi pengakhiran? xtentu bukan...saya terus menulis tanpa sebarang idea muncul pun.mungkin inikah yang dimaksudkan dengan tulis secara random tersebut..apa pun terdetik jugak di benak pemikiran tentang sebuah idea untuk menghasilkan buku tapi rasanya tidak cukup berpengalaman lagi..agak-agak buku bagaimanakah yang orang Malaysia tengah dambakan sekarang ini.nak menulis perihal agama memang tidak ada gayanya. Lagi pun sudah ramai penulis-penulis kitab motivasi yang buat duit mudah dengan royalti buku walhal tajuk-tajuk buku yang bersepah di toko-toko buku hanya seperti "Simbol-simbol Dajjal Dalam Masyarakat Dan Pemimpin-pemimpin Dunia".Yang hairannya mereka lebih senang menelaah sesuatu yang besar tetapi memusykilkan serta ianya masih sebuah teori yang tidak kukuh tetapi diri masing-masing masih tidak mengikut hukum yang lebih fokus dan dalil sebenar. Pedulikan hal tersebut..mungkin hanya sekadar pandangan kasar tanpa sebarang penelitian yang mendalam lagi. 

Ramai di kalangan rakan yang dah berjaya dengan hasil kerja keras mereka bahkan ada yang sudah ada nama pena yang tercetak di kulit keras sebuah buku. Bangga diselangi dengan cemburu..Ya! Mereka hebat dan dapat berfikir sehingga ada jugak buah tangan yang boleh dijaja. Tidak dibafikan juga kadang-kadang melihat buah bicara orang-orang hebat yang tidak perlu saya nyatakan di sini kerna anda semua sedia maklum membuatkan saya rasa kerdil dan ingin setaraf dengan mereka. Ada seorang teman lama mengatakan saya unik dengan cara saya sendiri.. Bagi saya semua orang unik kerana DNA setiap dari kita memang dalam susunan yang unik dan tersendiri. Memang dari sekolah menengah lagi saya bukan la individu yang menyerlah bahkan selalu saja mengecewakan sesiapa yang mengharap. Tapi dalam diri ini kekadang muncul satu rasa yang tidak terdefinisi dengan perkataan mahupun percakapan. Satu rasa yang ingin menunjukkan bahawa aku juga boleh..nama aku juga boleh dicananag seperti mereka. Bagi saya sudah lumrah juga mereka yang berjaya semasa di sekolah menengah sering kali menjadi bualan para guru disertakan dengan pujian-pujian bonus seperti mereka yang berjaya ini semuanya serba boleh termasuk akhlak dan kokurikulum. Apa pula yang terjadi kepada yang tinggi nilai akhlaknya tetapi bukan rezeki mereka untuk dapat keputusan yang cemerlang dan bagaimana pula perasaan mereka yang tidak di bisik sekalipun kerana tidak pernah memuaskan kehendak sistem pendidikan yang nakkan kuantiti A yang banyak. Ini bukan la seperti entry Why I regret Getting straight A's kerana penulis bukan ada 10 ketul A pun. Itu cerita lain yang tidak mahu saya ulaskan.. 

Tanya sahaja berapa ramai pelajar mereka yang dapat semua A yang mereka ingat dan berapa pula yang tidak terpapar di slip keputusan peperiksaan mereka 10A 11A dan 12A yang guru-guru ingat. Memang mustahil untuk guru-guru mengingati semua pelajar mereka tapi hakikatnya mereka yang cemerlang sahaja selalu di highlight menggunakan highlighter yang paling fluorecent dan terang.Itu tidak apa sebab apa gunanya bercakap tentang seseorang yang tidak ada jasa. Bukan boleh dibuat sebagai motivasi kepada adik-adik  di menengah bawah pun. Betol bukan?

Aku yang tidak pernah dikenali pun rasanya punyai hak untuk berjaya dan kejayaan di dunia tidak memestikan anda berjaya di dalam peperiksaan yang distandardkan sahaja. Dan pada hemat saya orang yang berjaya di dunia adalah orang yang meninggalkan dan mencapai sesuatu yang berguna sebelum matinya. Pandangan demikian masih lagi isi yang besar dan tebal kulitnya..perlu dikupas terlebih dahulu untuk dijamah khasiatnya.

hahaha...maka tamatlah penulisan ini. Bodoh bukan penulisan tanpa berfikir ini dan jikalau ada sebarang perkara yang salah maka maafkan diri yang menulis ini kerna ini adalah penulisan random yang ditaip secara terus tanpa dikaji kesannya terlebih dahulu.. Maka segala argument anda adalah invalid..kahkahkah. Panjang jugak noh

No comments:

Post a Comment