Not About Me

Friday, October 28, 2011

Boleh kah taik dianggap emas??




Taik sememangnya sinonim dengan busuk,xcantik,membencikan,hina,jijik,dipandang sebelah mata serta tidak menyenangkan.

Emas pulak sebaliknya...mewah,elegan,penuh ciri2 yang dikehendaki,rare dan bersilauan.

So,beza kedua-dua unsur alam(taik bukan unsur alam tapi sebahagian dari hukum alam..hahaha.) ni sangat jauh.....

Tapi tahukah anda bahawa taik pun banyak kegunaan selain emas.Ya...memang xdinafikan yang emas sangat berpengaruh berbanding taik dan sering kali digunakan untuk membezakan kemampuan ekonomi seseorang mahupun sesebuah negara.

tapi itu kalau dinilai dari segi ekonomi la...kegunaan emas xlebih dari disimpan dan ditayangkan untuk kemegahan dan kekuasaan.

Jika dibandingkan dengan taik yang lebih low-profile serta bersifat humble tapi penuh dengan function yang berguna kepada umat manusia untuk kehidupan seharian...

sebagai contoh..taik dapat di gunakan sebagai biomass fuel...tp taik homosapien aku xtaw buleh ka dk..taik jugak dapat melegakan beban diperut dan memberikan ruang untuk kita memcuri masa dengan membuat alasan ke tandas,taik digunakan sebagai baja organik,dan juga fakta mengatakan taik gajah boleh dibuat alat tulih....taik haiwan lagi banyak fungsi sebab punca makan mereka lebih organik serta kandungan nitrogen yang tinggi berbanding manusia yang banyak menelan bahan kimia.

Kesimpulannya ialah..kita jangan memandang rendah dengan kebolehan sesuatu yang hina seperti taik.mereka juga ada tempat dalam dunia ni dan perlu di layan dengan hak yang sama..hahahahahaha

P/s: sebenarnya emas memang banyak keguaannya untuk dunia sains...tapi aku nak fokuskan pengajaran tu saja..hahahaha.maka taik la aku rasa benda yang hina dan boleh digunakan sebagai wakil benda buruk dan dibandingkan dengan wakil benda elok iaitu emas

Tuesday, October 25, 2011

Berfikir secara pro dan con




Uit222.....

Sorry sebab lama gila taik kucing Kiam(Kolej Idris Al-Marbawi..tempat tumpah air liur basiku) aku xupdate blog...(sbb lupa password)
Pastu malam ni dengan jaya nya aku berjaya masuk balik akaun aku..hahaha.puas gk..so,aku review2 la penulisan2 aku sebelom ni.saja2 sebab aku boring sebenaqnya tengah2 malam on9 xdak apa nak buat..lepas baca2 semua post aku balik(sbb sikit ja...sempat la habeh) aku rasa bodoh pulak apa yang aku tulih sebelom ni(tolak post pasal Cik Siti dan member2 tu..Ahakzzz:) )

So, aku pun tekad nak refresh cikit blog burok aku ni...nak bagi kaw sikit dan mula menulis perkara2 yang berpatutan dengan pemikiran aku selaku pemuda yang berumur 19 tahun.

Ada satu isu di mana aku mula sedar yang manusia tidak boleh menghukum dengan semudah-mudahnya.sebab dulu aku ada sifat membuat penilaian yang terburu-buru.dan perkara2 tersebut sebenarnya sangat2 memalukan diri sendiri.Dengan sifat sedar diri,aku mula membaca blog yang dah lebih kepada cakna pemikiran daripada penulisan mengenai hiburan ringan(kekadang best gak layan cerita-cerita bodoh pasal gosip2 artis).Aku pun terdetik dalam hati ingin menulis seperti mereka.

Dari segi penilaian aku, pendapat yang ditulis atau diluahkan harus di teliti dengan semua aspek sebab baik burok satu pendapat tu boleh di jadikan pengaruh dan ikutan(bukan bermaksud aku nak nama dan pengaruh tu)

kalau sesuatu situasi berlaku, kebanyakkan mereka menilai apa yang zahir..bagi aku,di sebalik setiap situasi tu masih ad lg sesuatu yang tersembunyi dan buleh dijadikan sebab mengapa perkara tersebut terjadi.Inilah yang aku paham mengenai pro dan con.Kalau pemikiran seperti ini ada di mana semua orang boleh paham keadaan sebenar aku rasa kita memang tidak akan ada masalah dengan manusia lain.tapi untuk menjadi seorang yang memahami itu sangat susah.

Contoh situasi yang terjadi adalah pada malam ni dimana ada sambutan hari jadi diadakan dan mengganggu ketemteraman mereka yang lain yang membayar yuran yang sama harga ,Kiam memang sebuah kolej kediaman yang kecik dan berkongsi dengan para fellow yang berkeluarga.Selain itu terdapat kemudahan dewan yang digunakan untuk bermain badminton,futsal dan mengadakan study group. Kalau dah buat sambutan tu pihak yang mengadakan sambutan harus beringat tentang mereka yang lain.Jangan terlalu riuh tapi bagi aku logik jugak dari segi pemilihan tempat untuk sambutan yang diadakan.Cuma dah kecik dan senang nak detect sapa buat bising memang busuk la nama lepas tu.Yang disambut pulak xmintak dan setengah tu xtahu pun disambut terpaksa menanggung kesan yang sama apabila diburukkan.Dan yang menyambut dengan ikhlas pulak memang lagi hancing la kena kutuk.Kalau nak diikutkan buleh ja buat sambutan kat tempat lain yang luar dari kolej kediaman tapi ini anda harus paham psikologi anak muda kalau nak sambut besday mesti nak tengah2 malam.Sama la kalau nak beraya.mesti la nak kena hari raya baru la syok..Ini la apa yang aku mksudkan alasan yang tersembunyi tu, tambahan pulak amalan prank member2 time besday ni memang dah sebati untuk buat meriah2 atas dasar kenangan indah bersama member2.(xtaw plak mai mana budaya ni...kalau membazir rasanya lagi elok xpayah buat.yang ni baru isu utama dia)..

So,bila dah bising2 ni timbul lah isu adat pergaulan x dijaga dengan beriuh rendah waktu insan lain sedang ingin lelapkan mata dan satu lagi eviden kukuh yang memayahkan lagi pembelaan terhadap mereka yang bersalah adalah dengan x peka tentang keadaan anak felo yang sedang sakit ingin berehat.Tapi kalau dah taw xmaw bising2,bagi aku boleh ja nak sambut besday tapi sambutan2 ni mesti di tempat khas.Malang nya KIAM dah x ada kawasan yang sesuai sebab keluasan Kiam pun lagi kecik dari aneka gurun.Atas sebab ini aku rasa mestech patut ada kampus tetap.dan dicanangkan sudah ada tempat cuma xtaw tahun bila nak berpindah.so,sapa2 nak sambut besday tu tunggu la 2 3 sem lagi.mungkin dapat la kot.pastu hampa buat la kat padang bola ka,kat court bola tampar ka..(imaginasi aku sangat indah kalau mestech dapat kampus tetap).Kalau pendapat aku seandainya aku seorang JPK,dari seri contra nya ,mereka bersalah sebab terlalu bersuka ria sehinggakan terlalu leka dengan mngganggu manusia2 yang perlukan kesunyian tapi dari segi pro nya sebagai seorang kawan ,mereka xpatut di salahkan sepenuhnya sebab memang Kiam kecik untuk mencari tempat yang sesuai serta tidak dapat tidak bunyi bisng itu tersebar dengan mudah dan nyaring kerana dari segi sinis tapi serius aku berak meneran-neran cikit pun budak dari blok pompuan boleh dengar.Manakala secara neutralnya semua orang berkongsi dan ada hak serta perlu menggunakan hak masing2....

Ok,itu satu hal mengenai Kiam..ada satu lagi bab nak sukan.Mesti ada masalah nak kongsi punya.Kalau aku nak main badminton aku xleh salahkan geng futsal sebab mereka pun berkongsi hak yang sama.Jadi isu ini akan setel kalau mestech memang ada tempat khas atau extendkan tempoh berada diluar kawasan kolej kediaman sebab boleh main futsal kat tempat2 lain pulak..Kalau risau dengan masalah couple luar batasan yang nak outing sekali boleh ja dengan senangnya wujudkan peraturan lain yang lebih wajar.sebab kesian la dengan yang betul2 perlukan waktu extend tu.macam aku makan kuat,duit sikit,tengah malam lapar pastu time2 extend ni la diperlukan untuk kes2 seperti ini.Jawatan kuasa perwakilan kolej kediaman hanya menjalankan tugas mereka selaku penguatkuasa peraturan2 kolej(cuma yang over2 nak api2 orang tu sebab apa..aku terus terang aku maksudkan ni sifat budak pompuan.no offence atau lebih indah jangan nafikan.dari sekolah lagi aku duk buat eksperimen dengan perangai xleh belah dari kaum hawa ni walaupun sememangnya xsemua berperangai sedemikian.mereka yang berada satu tangga dibawah sikit dari puncak selalu ada perangai ni.paham dk maksud aku?) tapi adakah masalah seperti ini akan timbul kalau cadangan2 aku tadi dipertimbangkan.xperlu masing2 bermasam muka akibat isu ini dan semua akan harmoni.

See the point...kalau xnampak xtaw la.hahahaha..ty la asingkan pro dan con dia.aku xsalahkan sesapa kalau xsependapat atau rasa salah gila pendapat ni sampai sesat lagi menyesatkan aku xkisah kerana penulisan aku ini sekadar pendapat terbuka dari minda kerdil seorang mahasiswa yang masih mentah dan mudah silap percaturan.Bak kata seorang senior aku

"Bertindak mengikut Kemampuan Akal......Bercakap Mengikut Landasan Ilmu......Menulis Mengikut Timbang Tara sewajarnya..."


Sememangnya nasihat yang berguna untuk orang macam aku.cuma aku rasa perlu penelitian sebelom memangkah,mengutuk,mengharamjadahkan rakan-rakan anda.Apa yang aku ingin terapkan adalah sifat memahami.aku baru gak nak tulih serius2 ni.kalau agak2 xtersusun lagi maaf la dan realitinya aku pun masih xbiasa dengan menilai pro dan con.Akhir kata jangan kita hukum orang atas kesilapan yang dibuat sebab kita xtaw kalau2 kita pun akan terbuat silap yang sama.Pa pun teguran membina dan berhemah adalah yang terbaik.(sapa yang duk bising2 malam ni tp lepas ni sambut gak prank2 besday ni memang sama xsedaq diri la..tu ja maksud dia. jangan bagi alasan kat aku kami buat slow2 ja.sebab prank tetap prank..orang len buat kena pangkah,marah,hina,kritik tp hampa buat duk bagi alasan lagu tu pulak memang taik la.Ada PAHAM macha!!!)

footnote:nobody is harmed during I wrote this post.kahkahkahkah.....jangan ada orang salah paham plak.sorry banyak2 yerrrr....