Not About Me

Sunday, November 27, 2011

FIlem Malaysia..

Apa yang bodohnya tentang filem Malaysia...

Satunya...kiqa nak untung ngan promosi macam nak rak...heboh siap ada siti lagi jadi promoter...ini semua taik..bila pi tengok..ya!!sangat xmemberansangkan dan terpaksa menyesai lepas tu sebab pi tengok buat pa xtaw....

promotion gila2 tapi pi tengok..mak ai...

sama jugak hat ni pun..pengarah dia memang aku xcaya dah kalau buat filem

Duanya...kewujudan watak2 bodoh yang nampak sangat bodoh..kiqa menjadi la lakonan dia sebab nampak bodoh..aku meluat gila ngan watak2 yang xpatut wujud..konon sebagai penyeri filem..haram xseri pun...ada setengah menjadi.tapi hat xmenjadi tu memang habuk la..

Adik toyol ngan abang2 toyol


Tiganya..untung 7 8 juta..tapi filem semua hantu,rempit,bohsia..tipikal ngan masyarakat dan x mengembangkan minda lansung.. sekadar hiburan ringan yang burok untuk otak masyarakat..




aku taw yang nak buat filem bukan senang apatah lagi nak setaraf hollywood..tp sekurang-kurang nya contohi la filem2 macam






modal xbanyak mana rasanya kalau buat filem2 macam ni.memang mampu dengan gaya duk untung jutaan ringgit dari penduduk Malaysia. Rasanya memang penulis2 skrip kat malaysia ni banyak bekas bomoh2 indie atau kaki2 rempit kot..

Dugaan!!(jiwang..jangan baca kalau xjiwang)

Dugaan orang bercinta ni memang banyak..selalunya ikut jenih orang tu..remaja yang normal selalu ada masalah jeles2,ada masalah ex lama datang kembali dan xlupa ada masalah xserasi pastu mula nak cari hat lain. Selalu ja ada orang akan menggugat jiwa liaq anda untuk takle  manusia2 yang dirasakan lagi hebat,segak,comel,hensem,perawan dan mantap tersebut..banyak kali gak la aku rasa nak buat macam tu.hahaha...awek segak memang ramai...boleh kata aku memang senang nak tergoda..tapi xpa..at last, aku sedaq yang benda tu semua xpenting...

Yang PENTING!! anda hargai la apa yang awek anda dah buat untuk anda selama ini sebelum anda pasang 2 3 awek lagi..kalau rasa hensem sangat up lagi jadi 7 8 orang...kalau die hard punya orang ok la buat camtu...kalau kantoi memang la best..aku selalu habaq kat cik siti yang masa depan kita xtaw macam mana dan cik siti akan pesan pulak kalau boleh jaga la sampai kekal...aku memang harap kekal jugak.so,aku pun berusaha mengontrol daripada mengayat awek2 lain walaupun rasanya kalau aku ngorat xdapat pun. Pa pun kalau lagi banyak pengorbanan atau jasa seseorang tu lagi kuat la anda punya hubungan ngan dia..Kalau sanggup gak makna nya jiwa anda betul kering serta layak dipanggil player terbaik. Cuba la untuk setia sebaik mungkin dan hargai la jasa orang.jangan sampai dah ludah nanti kena jilat balik.'Sedeyhhh!!!' kata  Jai dalam skrip KL gangster..




*Gambar sekadar hiasan..aku search gambaq 'setia' kat google tapi jumpa hat ni...











Tuesday, November 22, 2011

Exam dah habeh

Tanggal 22 Nov 2011 tamatnya peperiksaan untuk mencari bakal2 pencinta,pembela,penjaga,penyanjung dan pencinta alam sekitar serta budak2 makmal tahun pertama.Tapi ni baru exam sem 1...dh tunggang langgang di buatnya..Jadual study PES 2011 sampai pkui 2..pastu baru start baca buku.Tu pun berenti pukul 2.30.memang nak kena hawing* la kalau xlepas pointer. Perjalanan masih panjang...sem 1 ni untuk mahasiswa belajar dari kesilapan dan sem 2 pulak untuk meneruskan kesilapan di masa sem 1...cantek!! Pa pun selamat bertawakal kepada semua student2 mestech...







Apa nak buat lepas exam tamat??

1. kenduri kesyukuran
orang yang jawab dengan jawapan2 bermutu dan berkualiti ja layak buat macam ni

2.lepak pub/clubbing...
tension2 exam buat benda haram plak.high2 ckit..pekena sampai ting tong 2 3 pagi..disambut dengan hilai tawa syaiton...yeahh.anak muda harapan bangsa..

3.teruskan study/baca buku sem depan...
ini boleh ramai2 sepak pelaku....

4. pi lepak mall
ni dah basi...xhardcore macam no 2...atau sapa setuju nombor 2 pun dah lame...

5.panjat broga/lawan ikan laga atau cengkerik/makan bakso...
hahaha...xdak motif..habeh xdak apa nak buat apa..hat ni xdak kena mengena pun...taik..xda idea...


P/s : amek yang jernih tinggai yang keroh2 tu...

Saturday, November 12, 2011

Mereka deserve penyepak 2 petala langit...


Ni antara orang2 yang sangat sesuai disepak beramai-ramai dengan segala jenis skill yang ada......

Gambar sekadar hiasan.....tiada kena mengena dengan  kehampehan chelsea.

1.     Pompuan yang pakai baju ketat up dada.baju jarang macam pukat terkoyak,tayang bulu lengan yang bersirat-sirat dan pakai suaq jeans yang lagi men'jin'kan manusia.Pastu marah orang laki usha dia.kata gatai la,gila sex la....owhhh...ini betul2 nak kena penyepak jenis backflip...debusshhhh!!!

2.     Sapa yang berak xreti-reti nak flush padahal diri tu sempurna anggota badan....sangat bingai perangai ini sebab memaksa orang len pulak tolong basuhkan sambil menahan-nahan nak terberak..ini punya manusia langsi layak disajikan penyepak jenis voli macam CR nak sepak bola betul2 tepat dimuka...

3.     Penonton wayang yang bangangnya menendang-nendang/hinggut2 kerusi penonton kat depan...yang ni penghilang mood nak tengok wayang.Rasanya penyepak jenis yeop chagi@sepak guna batang kering perpadanan dengan perangai ni..

4.     Awek yang hot serta layak dipuji dengan kata2 manis atau sebaliknya yang dilamar untuk menjadi awek/girlfren/marka/teman wanita menolak permintaan laki tu dan dengan riaknya sebarkan perbuatan laki tersebut di reject yang ternyata agak memalukan bila diperbuat demikian...bodoh.taw la segak pun..aku tingin nak sepak somersault ja kot kat orang jenih ni..

5.     Last but not least, staff perkhidmatan awam atau pemberi servise berbayar yang melayan lebih kurang/bermuka seperti nak penumbuk/lembab buat kerja/bercakap macam xmaw kerja/kerja xseperti yang diharapkan. Orang2 macam ni rasanya patut makan stokin aku ja...muaahahahaha.KILL2!!DIE2!!..rageeeeeee



Sekadar amaran..

Nasihat dan tips dari org yang sangat pakar dalam melalaikan diri dari study.....









Peringatan...hanya manusia mangkuk cam aku ja buat cmni!!...dont try this in front of your lecturer kalau
xnak anda disumpah jadi honda supra..


P/s : pilihan terletak di tangan anda..gunakan sebaiknya-sekian-

Thursday, November 10, 2011

Exam dunia

Minggu ni study week aku berjalan dengan lancar(sangat2 lancar).Seperti biasa ianya di isi dengan aktiviti xberfaedah serta melalaikan..ni la yang aku buat dari sekolah menengah,matrik dan sekarang ni..to suck. Awat la aku macam ni punya pemalaih..paling ketara aku tidoq dengan ekstremnya  sampai aku lupa aku mimpi ka realiti(ala2 inception...haha.bloody fucking lame joke). Last minit nanti baru nak kalut..tapi rasanya macam besa jugak.adrenalin aku mungkin xdilancarkan dengan sempurna untuk aku ada rasa gemuruh amek exam dan mula mencapai buku2 setebal 3 inci setengah supaya di telaah.tapi malangnya aku masih bersifat cool walaupun aku yakin aku xberapa nak taw apa pun yang aku mengaji.sapa2 tolong bagi semangat sat..ayat2 manis pun jadi la walaupun xmenjanjikan apa2 perubahan tindakan dari empunya diri.kalau ada sedikit anjakan paradigma pun ok la..aku xmaw la jadi orang xguna sangat..nanti Cik Siti nak makan apa?anak-anak aku nak kena suap apa? parent aku bukan nak bela aku sampai ke tua,nak menikah guna apa? dan segala macam apa lagi..

Tapi aku ada masalah minggu lepas di mana aku di bar dari exam.Kes nya bukan xcukup kedatangan tapi kena langsaikan yuran yang tertunggak.dan Alhamdulillah dah selesai pun krisis tersebut.Anda xdapat bayangkan betapa mata aku bersinar-sinar pi ambik slip exam. So, pa pun wish aku Good Luck..aku duk harap gud luck hampa suma ja la..nak harap ilmu..xberapa nak ada dah...orang tua2 pesan jangan tinggai semayang ja.Ayuh!! Menuju 'GREEN BOOK'..(serentak buku dicapai dan laptop dihadapan dengan akaun fb yang masih lagi on9...cuba teka apa kesudahan dia.hahaha)...

Wednesday, November 9, 2011

Aku dan kopi



Aku menghadapi masalah serius dengan kopi dimana kopi adalah my pleasure drug selepas Cik Siti(jangan pikiaq pelik)..hahaha..mana2 pi kedai ja order nescafe aih..balik bilik hentam susu kopi plak...selalu 3 4 kali sehari memang wajib la..semua orang taw yang kopi memang tinggi kandungan kafein..tapi nak buat camna..tu la yang duk bagi aku ketagih...pernah sekali aku deman dalam 2 mnggu..memang ganas la deman aku kali tu..dalam erti kata lain aku xminum nescafe sepanjang 2 minggu tu.last2 aku kena tanggung efek nescafe tu sendiri..nescafe tu berbisik-bisik kat telinga aku suruh aku minum dia walau segelas.tapi efek yang aku paling rasa mata aku akan mengantuk seawal jam 6 petang dan yang teruknya aku akan tidoq awai gila dalam pukul 9 sampai pagi besok(lebih tepat dan benar lagi tengahari besok).pastu bangun tu badan memang jadi lemah selemah taik yang mudah dipecahkan dengan semburan air..kafein memang digunakan sebagai medium untuk study sebab kafein dapat membantu mencelikkan@boost mata sehingga 2 3 pagi..tapi bila dah selalu sangat minum badan anda tidak dapat melakukan fungsinya secara normal tanpa bantuan kafein terutama otak kerana saraf2 yang mencelik kan mata sudah menjadi lemah apabila tiada kafein..Bila dah jadi macam tu, anda akan mengantuk tersangat-sangat dan xpeduli ada assigment,kelas,perjumpaan koko atau saman dari unit disiplin anda akan melentangkan diri anda xubah seperti mayat.xlupa juga mata anda sangat ngeri untuk ditatap kerana semerah biji saga...Tindakan aku selepas itu adalah dengan berpantang dari minum sebarang jenih kopi selama tiga bulan dan Alhamdulillah dah normal balik..




Sedikit studi aku mengenai kesan kafein yang melampau.Antaranya ialah :

  • Ulser
  • Masalah jantung
  • Sakit kepala
  • lekas marah@perongoih/perengus
  • masalah saraf
  • dehidrasi
  • mempercepatkan proses osteoporosis(wanita yang menopaus)


p/s: aku sebenaqnya xserik-serik lagi pun minum menatang ni.

Monday, November 7, 2011

Hala Tuju





Aku budak UniKl cawangan MESTECH terletak dekat kajang dan merupakan kampus mini dan comel sebab sewa rumah kedai sebanyak 5 blok kalalu xsilap.Aku study Bachelor of Medical Science technology in Environmental Healthcare.Jangan layan depan yang panjang2 tu...course aku ni yang pentingnya yang environment healthcare tu ja..Mula2 serius aku xpaham gak mengaji menatang apa kalau masuk degree ni...tapi selepas masuk kelas intro environment..baru banyak pendedahan yang aku taw...haha...aku xkata yang kos ni jamin kerja atau masa depan aku.tu suma ikut rezeki...tapi dari segi penilaian aku masih lagi cerah jugak la..sebab cabang kos ni banyak sangat.kalau IPTA ada dalam 2 atau 3 buah universiti sahaja yang tawar kan kos yang lebih kurang aku ni...tapi untuk pasaran kerja lagi banyak peluang sebab kos ni memang dalam permintaan..tapi aku nak dalam kan lagi berdasar kan apa yang lecturer aku bagitaw budak2 kos ni kalau nak bagi lagi sure dapat kerja kena amek kursus tambahan dengan NIOSH..maksudnya lepas degree kalau nak kuat kan degree aku tu kena ada sijil NIOSH sekali..aku rasa benda ni lumrah la kan..macam engineer jugak.kena daftar ngan persatuan engineer pa xtaw pastu amek exam kan kalau xsilap aku..Sijil NIOSH ni penting sebab ianya diiktiraf swasta dan kerajaan.kira extra dari orang lagi la kalaiu ada sijil ni...nak amek sijil ni pulak kena ada RM 4k...hahaha..kalau sapa bernasib baik dapat keja awal pastu kerja pulak dengan kompani2 yang kay,  kompani tu boleh tolong support kan...nak amek sijil tu pulak kena ikut modul kursus dia dalam 21 minggu.Dah degree 4 taun pastu campur ngan 21 minggu ni lagi..xpa la..berkorban la masa sikit kan...haha..peluang kerjaya Insyaallah ada.Kerja pulak anda boleh try dengan banyak jabatan dalam kerajaan.Syarikat swasta seperti PETRONAS,kilang2,airport2,hospital2 serta banyak lagi kompani yang boleh anda kerja.tapi apa pun semua nya kena usaha jugak la..kalau grad2 tu duk melingkaq kat rumah ja,pi interview pun xprepare memang la xdapat...rezeki tu xdatang bergolek..   


Dan tahap tertinggi kalau kerjaya ikut kos aku ni adalah Safety Officer..kalau setakat ada degree saja xboleh iktiraf Safety Officer lagi taw.bukan senang-senang je nak panggil safety officer..Kalau nak dapat Safety officer ni kena ada pengalaman kerja@practice selama 3 tahun baru boleh apply pastu ditambah lagi dengan kursus2 yang akan dijalankan.Last sekali sampai dapat 'Green Book'.Green Book tu baru mengiktiraf kelayakan anda dipanggil Safety Officer.kalau engineer ada Ir. dan kalau doktor ada Doktor pakar..dalam bidang environment ni Safety Officer la pangkat tertinggi dan selalu nya pangkat tinggi ni memang ummppp la gaji dia..hahaha..aku sering di soal kalau masuk bidang ni nak buat apa lepas ngaji?nak kerja apa?gaji tinggi ka ngaji bidang ni??ni la jawapan nya...aku awal2 dulu memang xtaw...ni baru aku taw..mudah-mudahan aku dapat habihkan degree aku ni plus dapat cemerlang sebab nak bayaq duit MARA murah ckit..hahaha.kalau sapa2 yang berminat nak amek kos ni jangan ragu2...best cikit sebab belajar kos ni santai sedikit dan banyak kerja lapangan...

Chowww!~~~~~~

Saturday, November 5, 2011

Kisah Di Kedai Mamak(jgn espek ceta lawak plak.ini serius)

Perbualan antara mak cik ipad(sebab dia ususng ipad) yang kelihatan berumur 40 hingga ke 50 an dengan seorang pemuda yg x up to date kat sebuah kedai mamak di Aneka yg terletak di sebuah Bandaraya Agung lagi masyur(Gurun) sebab mereka terpaksa berkongsi meja kerana kedai tersebut penuh dan kebetulan pemuda tersebut duk sorang ja.

Mak Cik  : Duk mane?

Pemuda   : taman belakang ni ja...

Mak cik  : Ouh...dekat je la..sekolah form berape?

Pemuda  : dah degree pun...tengah cuti sekarng

Mak cik  : ya ke...muke macam budak sekolah menengah lagi...ingat form 5 lagi..

Pemuda  : (senyum sinis)...hahaha...xda la...dh degree..first year

Mak cik  : study dekat mane?

Pemuda  : Bangi...un***

Mak cik : Ya ke...mak cik duk shah alam..datang kedah sebab ade rumah dekat guar chempedak..ni tengah
                cari sim kat untuk ipad ni.tapi xde la kat sini..kat kedah xde..kalau kat shah alam banyak la..ade
               wifi x kedai ni??yang bulat hitam2 tu ape??(sambil menunjuk ke CCTV restoran tersebut

Pemuda  : tu CCTV mak cik....kedai ni banyak CCTV..

Mak cik  : banyak ye...ingat WIFI..kenape pasang banyak sangat

Pemuda  : Xtaw la..tapi restoran ni dulu memang ada wifi

Mak cik  : tu la...mak cik tengok pun xde wifi..hmm...restoran ni semua mamak ke yang masak..kalau kat
                shah alam kedai je mamak tapi indon2 yang masak.kotor..diorang xselawat,xcuci macam orang
                kite.kotor..makan nanti boleh jadi benak.mak cik duk kat shah alam tu pun.kotor pastu
               .berterabur.ye la kan..bukan senang nak memerintah adik ye.bagi kat orang yang xde
               pengalaman memerintah memang macam tu la jadi nye..kat alor star kotor jugak x?

Pemuda  : Ok lagi la dari dulu...dulu lagi kotor..tp sekarang lagi ok la..sungai kat alor star pun dah bersih
                sebab dah ad yang jaga.ada buat penapis sampah(padahal xtaw betoi ke x)

Mak cik  : Ya ke..owh..tapi mak cik pegi melaka..bandar diorang memang cantik la..terengganu pun serupa.

Pemuda berbisik dalalm hati sambil minum teh tarik mamak dengan sedikit laju
(sungai melaka ngan sungai loqstaq lebih kurang ja...sungai loqstaq wangi lagi kot)

Mak cik  : dah lame mak cik xnaik atas gunung jerai tu..ntah jadi ape la dengan kerajaan sekarang..

Pemuda  :  kat atas tu dah ada macam2 dah...ada taman strawberi ngan hotel lagi.. hotel the regency kot
                kalau xsilap...ok lagi la dari dulu.dulu dah mati gunung jerai tu..xda orang nak p..sekarang dah ada
                hotel tu kira ada function sikit la

Mak cik  : ya ke....hotel tu bila buat tu??masa sanusi jonet dulu ke?

Pemuda  : (tengok up 2 date sangat..nak gelak pun ada gak.ada pulak zaman sanusi jonet..xlogik lansung)
                xda lah..hotel tu masa yang baru ni la..ustad azizan yang bagi siap hotel tu...

Seiring dengan teh tarik yang sudah habeh di minum pemuda tersebut bangun dengan senyuman penuh bermakna kerana  indoktrinasi mak cik tu yang berjaya di halang dari memasuki otak.tapi takut tercakap fakta yang salah.pandai2 la ank google sendiri mak cik oi..ipad ada dah kat tangan kan..orang nak minum teh tarik petang2 nak rilek..ada pulak nak sembang pentadbiran2 pastu kritik2 negeri orang.sensitip taw..hahahahaha.

# based on true story.tp kenapa aku post pun aku xtaw...


Aku nak tulih...tapi xtertulih!!



Baru aku sedar takat boleh menulih(boleh la sangat..) ja xcukup lagi..aku kena taw banyak benda sebelom menulih...banyak benda aku nak tulih tapi bila sampai kat satu keadaan aku sendiri akan terpikir balik apa yang aku tulih ni..orang nak baca ka dak?? atau nanti apa orang kata lak kalau tulih macam ni...hahaha...padahal haram xdak orang nak baca pun..apa la aku seriau sangat..aku lagi seriau sebenaqnya aku tulih benda yang xbetol..bila xbetol akan menampakkan lagi dangkalnya ilmu aku dan kekadang memakan diri pulak rasa kalau tulih benda xbetol selain nak tangung lagi kalau ada orang yang terikut-ikut apa yang xbetol aku duk tulih.harap2 memang xdak la..(sekali lagi aku perasan ada orang nak baca blog aku.....

so,untuk menangani segala masalah ni aku rasa aku kena mula baca buku2 yang lebih serius sambil2 ambik serius subjek philo & psycho sem 1 ni dan dapat A dalam subjek tu..kos aku ada taw belajaq benda2 ni walalupun aku mengaji alam sekitar..apa kaitan nya???tanya la dekan aku..aku pun xtaw..mugkin nak bagi pendedahan kat orang2 macam aku kot..

P/s:pastikan ada cukup ilmu sebelom mengilmukan orang lain.....