Not About Me

Friday, December 30, 2011

Lappy Idaman

Moga2 tahun 2012 aku dapat menatang mahal tapi lawa ni...aminnnnn


N43SL Jay Chou Special Edition

Aku dan angka 20

Waaa......sedar xsedar dah nak masuk 20 tahun...20 tahun beb aku hidup.hahaha...

Tahun ni tahun paling aku rasa mencabar bagi orang yang rata2 berumur macam aku la sebab nak masuk alam universiti even aku punya Universiti xda la gah macam IPTA atau IPTS yang dah established.MESTCH kesayangan aku ni cuma xdak kampus tetap yang grand lagi ja..Almaklum la,kami ni muda lagi.tunggu la setaun dua lagi mungkin dapat kampus sempoi sikit baru aku post kan kat blog..sekarang ni rumah kedai..so,aku malu2 kucing sikit nak tunjuk kat orang.

New members,new excitement plus new experience..


Alam universiti ni orang kata memang mencabar..kalau xpandai survive boleh mati katak ja..xpun rosak.Sebab dalam alam universiti ni orang akan kenai macam mana hidup kalau xdak duit nak makan,macam mana hidup kalau assignment xsiap dan kena berdepan lecturer yang dasyat2,macam mana hidup ngan admin universiti yang lembab macam siput air nak panjat pokok kat tebing sungai ,macam mana hidup kalau kena ngorat ngan lecturer muda lagi bergaya dan lain2 lagi isu mahasiswa.

Dan aku harap aku boleh habihkan sarjana muda aku yang xberapa famous ni complete 4 tahun dan langsaikan pinjaman MARA aku seminimun mungkin..cewahhh.Impian aku untuk jangkamasa 4 tahun ni.Camna pun aku tetap takut.Takut aku tercicir mahupun tersilap langkah dan terpaksa menyesal di kemudian hari.So,doa2 kan la kejayaan aku ya...


P/s:aku masih lagi xnampak macam orang umur 20 tahun...


Tuesday, December 27, 2011

Criticism


Cuba anda bayangkan dunia ini tanpa pengkritik...adakah akan aman sentiasa?adakah segala tindakan anda adalah yang terbaik?adakah segala-galanya indah dan stabil?

Bagi aku pengkritik adalah perlu..sebab apa perlu?sebab kritikan la yang akan menghasilkan pengcapaian yang lebih baik..pengkritik la yang akan memastikan orang yang lalai dan leka kembali alert dan pengkritik jugak la yang akan menyediakan lebih banyak kemudahan dan kesenangan.



Kenapa aku cakap sedemikian..sebab pengkritik ni sememangnya akan mengkritik kalau berlakunya sesuatu yang tidak memuaskan hati terjadi.Cuba bayangkan sebagai contoh..anda memerlukan servis yang terbaik dari pihak pentadbiran tapi apa yang anda dapat hanyalah layanan lebih kurang yang sangat menyakitkan hati..disini kritikan itu akan menjadi sesuatu yang perlu.Sebab kita ada hak untuk diberikan layanan yang terbaik.Andai keadaan tersebut terus dibiarkan tanpa ada sesiapa yang mengkritik sememangnya akan mewujudkan huru hara dan ketidakpuasan hati pihak yang terbabit malahan mungkin lebih ramai individu yang akan terlibat dengan servis yang xsmart dari admin tersebut sekali gus memburukkan nama keseluruhan sesebuah institusi atau pentabiran.

Namun begitu,kritikan juga terbahagi kepada kritikan membina dan kritikan haram xmembina lansung..Kalau pengkritik indie selalunya bahasa yang digunakan akan kasar dan lebih menyakitkan hati tetapi dia masih ada point yang bagus dalam kritikannya.tetapi pengkritik yang membuta tuli mengkritik tanpa sebab atau point yang xsepatutnya seperti mengkritik  kaki seseorang  yang tempang serta mengkritik perkara-perkara yang tidak penting haruslah dielakkan.

Sebagai mana juga pemimpin..Mereka juga harus dikritik supaya rakyat atau orang yang berada dibawah mereka mendapat segala hak dan apa yang selayaknya. Pemimpin yang tidak dapat menerima kiritikan sekiranya kritikan tersebut membawa ke arah kebaikan serta menafikannya juga menunjukkan pemimpin tersebut bukanlah seorang peminpin yang layak serta berfikiran terbuka.

P/s: Orang cakap yang kebenaran itu menyakitkkan..apa yang salahnya jika sakit sedikit demi masa hadapan yang lebih indah.

Saturday, December 24, 2011

Saja...hehe



VS



Mana satu aliran pilihan untuk bakal anak anda??


P/s : My cousin yang qasidah tu...sepupu aku kecik dah boleh jadik cmni.yang aku duk nak pi audition VOKAL

Saya Pun Sayang Malaysia

IMAGE BY FAHMI REZA

Selalu aku tengok kalau dalam perbalahan politik sering kali orang menggunakan bahasa-bahasa yang super menyakitkan hati..sebab tu  kalau bincang politik selalu nya tegang dan orang akan jadi xminat dengan politik.

Xdinafikan yang aku dulu pun sebijik macam tu..cakap ikut lepas pastu kalau xmencaci atau attack sampai butthurt mesti xpueh hati lagi..hahaha.tu la contoh yang salah dalam membicarakan soal politik...setiap kali kita menggunakan perkataan seperti pencacai dan sebagainya mesti kita akan di hina balik sedemikian rupa..tiada unsur2 politik matang lansung...ya, kalau kita sokong sapa sekali pun kalau nak bagi pendapat dan pandangan pasti kan kita menggunakan cara yang betul disertakan data dan bukti.lagi orang senang nak menerima apa yang kita sampaikan kalau nak cantik atau sempoi lagi bagi dalil.

IMAGE BY FAHMI REZA


Bagi ahli agama yang arif sesuai la..kalau orang macam aku sembang2 dalil ni rasanya agak payah orang nak terima..hahahaha..kalau pihak yang tidak sependapat membuat perkara yang sama kepada anda maka telitilah perbincangan tersebut..buat penilaian yang sebaiknya..Jikalau sebaliknya dan dia mula mencaci dan menghina,perkataan yang digunakan xsesuai dan lari dari aspek perbincangan yang sepatutnya maka sebaiknya tinggalkan lah perbincangan tersebut.

IMAGE BY FAHMI REZA






P/s: kalau sembang ngan geng yang sependapat sesama sendiri ikut suka la nak sembang macam mana pun..hehehe

Friday, December 23, 2011

Tweet2 SMS...

PENGUMUMAN
Dengan xmalunya dan penuh rasa bangga serta disertai kembang kempis hidung menghirup udara berunsur angkuh,bangga,takbur,riak dan sombongnya aku mengistiharkan bahawa aku dah ada akaun twitter...ingat senang ka nak buat akaun ni..kalau tadak tenet ngan key board memang xleh buat..



hehehe..sila la follow kalau xkeberatan..aku boring nak tweet ngan sapa pun xtaw..

Sekali lagi aku mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi follow akaun twitter aku serta blog serba usang ini..haha..

P/s: aku ketinggalan zaman...baru nak buat

Aku loser...

Aku masih mentah tapi xtaw la...kalau aku tengok orang berbicara soal politik mesti aku pun teringin nak join..tapi bila aku nak join deret aku rasa macam aku ni sapa la nak menyampuk hal2 sematang ini padahal aku masih merapu xkena tempat...so, aku pun mula merendah-rendahkan diri sendiri sambil pelan2 berambus dari tempat mereka berbicara soal-soal sedemikian. Sebenaqnya aku teringin nak jadi hebat macam mereka yang lain yang sanggup bersuara demi pandangan masing-masing...maybe i dont have guts..thats the point...hahahaha...loser,loser,loser...shame on me

Wednesday, December 21, 2011

A tribute to...

Pertemuan kali pertama kita xberapa menarik..kau berada disatu sudut sambil menjamah makanan yang ada dalam pingganmu....aku pula baru pulang dari menjalankan tanggung jawab seorang mahasiswa di sebuah universiti swasta di selatan negeri selangor dan meletakkan beg aku berhampiran dengan kau. Kau menghadiahkan lirikan manja yang cukup membuat aku agak terpesona seperti mengucapkan selamat pulang kepada ku.Adakah ini cinta pandang pertama...tapi aku perasan agak aneh,bukan aneh tapi agak sayu rasanya lebih sesuai untuk aku terjemahkan air muka kau pada ketika itu..seakan-akan sedang berjuang dari dalam walaupun kesunyian.Aku tidak pasti apa sebenarnya yang membuatkan kau kelihatan sebegitu...seperti ada penyakit sedang merobek-robek segala sistem imun dalam badan kau,mencarik-carik sel darah putih dan mengurangkan tahap kegembiraan yang xseperti selalu kau tonjolkan...

3 hari berlalu sejak pertemuan kali pertama kita..kita bermain-main di laman bersebelahan tadika mak aku.aku tinggalkan kau untuk bebas ke sana dan ke sini kerana cuaca pada hari itu agak baik..langit yang membiru berserta angin-angin yang seakan-akan berbisik di telinga kita membuatkan segalanya terasa sempurna pabila bersama kau sambil melayan-layan karenah manja dan comel kau. pada ketika itu aku sedar yang kau perlukan kebebasan ini..seperti biasa aku belanja makan makanan yang kau gemari berserta air yang selalu kau idamkan.nak bagi aiskrim kau xminat,nak bagi jajan rasanya lagi xsesuai memandangkan kondisi kau yang selalu sakit2.Aku ada terperasan yang kau agak selekeh kebelakangan ini.

Seminggu berlalu dan kita melepak di tempat yang biasa....kau menimbulkan rasa tidak senang kepada empunya tadika yang membenarkan kita untuk bermain-main di laman nya kerana kau banyak membuang sampah serta sisa-sisa yang berserat tinggi lantas mengotorkan halaman yang menjadi kegemaran kau. Kau akhirnya xdibenarkan lagi untuk bersiar-siar bersama aku.Sungguh sedih raut wajah kau pada ketika itu dan kau terpaksa duduk di rumah mu semula..

Pada keesokkan nya..kemuncak pertemuan kita berkhir kerana kau terlentang kesakitan dan menghembus nafas terakhir tepat pada jam 9.37 pagi. Aku masih ingat disaat mata kau yang terkatup  perlahan-lahan dan seiring dengan degupan jantung kau yang terhenti..Bagaikan halilintar yang menyambar dada ku untuk menerima pemergianmu.Pedihnya hati ini tiada siapa yang tahu.Aku sayu dan tidak mampu berkata apa-apa..mungkin salah aku juga kerana tidak menjaga kau selama ini dengan baik.

Kau dikebumikan pada petang itu dengan bantuan penggali kubur bersebelahan sebuah pokok nangka supaya senang untuk mengecam tempat persemadian kau.Berehat dengan sejahtera arnab ku....



R.I.P

P/s:Tribute to Tomy-arnab jantan berwarna kemerah-merahan setinggi 17 cm dan sepanjang 1 kaki.Berat
sekitar sekilo lebih.haha..burok dak aku tulis nak ala-ala novel..

Tuesday, December 20, 2011

Between BB & Xperia Ray??



Aku xdak la duit sangat..tapi ni angan2 ja la kot2 ada rezeki lebih2 boleh gak nak test fon baru...




RM940..aku dah tengok..



xtaw harga..


22 menarik...pilihan anda bagaimana????




Monday, December 19, 2011

alololorhhhhh....cweet cangat2




Saya ada masalah menye'sweet'kan diri.Cik Siti ok ja kan3??hehehe..tapi betol ka pompuan suka lelaki sweet?...sweet yang buat kan mereka cair lantas terus mengidamkan laki tersebut?..apa terjadi apabila sudah habehnya sweet itu?? buang atau simpan lelaki sweet baru..sama juga la lelaki..mencari yang cantik dan termantap..bila dah lama xnampak dah seri pastu bila makin tua apa akan jadi dengan hubungan tu?hambar dan berpoligami dengan alasan yang salah dan mula la isu tertubuhnya kelab2 anti poligami yang kebanyakkannya mak2 datin dan ibu2 tua...kenapa xpoligami masa awal2 dulu masa tengah lagi bergetah..xboleh sebab tengah hot lagi kan..

Papun dalam hubungan yang penting ada keikhlasan.ikhlas menerima diri orang tu baik cantik atau burok luar dan dalamannya..kalau anda dapat menerima keseluruhan diri orang tu maknanya anda hebat dan bukan sekadar untuk bermegah dapat bini hot macam Megan Fox atau awek cun setanding Lisa Surihani..sia2 ja kalau awek cun tu nanti kena ngorat ngan orang len dan bini dilarikan lelaki yang lebih perkasa..dah jadi lone ranger.


P/s: tengah muntah sebab post benda ni....perhatian.ni bukan diri sebenaq aku.

Songlap pula...

Hari ni aku jalan2 ngan member2 aku pi alor staq...hanya 5 orang saja dan kami ambik keputusan nak tengok cerita songlap..sebab xdak cerita apa sangat hari ni...sebenaqnya aku pun memang ada keinginan nak tengok sebab trailer macam sempoi...





Sinopsis...errr..panjang gila nak tulis ni..tapi xpa..aku ringkas kan..cerita mengenai 2 orang adik beradik Am(sam) dan Ad(mokhsin...nama sebenaq aswip ka ap xtaw) yang sangat kental cara hidup mereka..Makan dengan cara terlibat dalam sindiket jual baby kepada orang2 kaya. Konflik mereka menjadi-jadi setelah Ad menolong seorang gadis iaitu kakak kepada kawan baiknya yang mati sebab dadah untuk melarikan diri dari dijual.Am dan Ad dengan itu telah menjadi buruan sindiket ini...dan pengakhiran cerita ini agak terkejut dan macam xdak penamat yang pasti..senang cerita tergantung la sebab Ad dan pompuan tu lari pi Kuantan dan Am yang setelah berpenat lelah dikejar taiko sembelih orang tertinggal bas..thats all...

'eh..kau sedar x yang nama kita ni kalau gabung jadi Adam'marah Am kepada adiknya


sweet moment together..


So,ulasan aku...hmmmmm...cerita ni memang serius dan sedikit pun xsentuh bab2 cinta,tahyul dan rempit.Totally based pasal kehidupan indie orang yang tinggal di ibu kota yang xbernasib baik macam dato2 dan datin2...gambaran kehidupan xberapa nak seronok sangat menjadi dan dapat di rasa sendiri la melalui filem tu..pelacur2 tua di lorong2 dan cara orang2 yang cari duit xikut halal haram dah memang aku puji la.bukan puji cara depa cari duit tu..tapi puji cara lakonan pelakon2 tu dan direktor yang membuang unsur2 tipikal filem melayu sekarang yang xbernas..cuma cerita ni sangat mendatar dan xcukup rancak..kadang2 rasa macam terlalu slow dan boring..tapi  isu yang di bawa dalam filem ni sangat aku puji.Pelakon yang kureng pun aku rasa watak Kak Jah yang terlalu membaca skrip dan Sara Ali pandai bermain mimik muka tapi bila bercakap rupanya xbest sangat.Pa pun total aku bagi 6.3 la....sekian



P/s:cerita cmni xramai orang mai panggung sebab mentaliti orang kita.

Tuesday, December 13, 2011

Stephen Chow

Haha...malam ni siyes sunyi...aku pun xtaw sebab pa....so aku pun mai la merapu kat sini..nak tulih entry tapi xdak modal..dah tu cmna nak post...damn..

Tapi dengan tiba2 aku rasa nak ulas apa yang aku duk kerap buat kebelakangan ni...aku rajin duk tengok balik cerita2 stephen chow...hahaha...lawak dia memang cam haram...nak cirit aku gelak tengok cerita dia..tapi merapu2 dia pun cerita aku rasa ada banyak gak pengajaran..

ni salah satu scene dalam movie King Of Beggars


yu fa...watak tetap kebanyakkan cerita2 stephen chow

Contoh terbaik macam cerita Hail The Judge. Cerita yang banyak unsur2 sinis mengkritik orang2 berpangkat tinggi yang amalkan rasuah untuk saling menjaga kedudukan mereka dan keadilan yang ditaikkan. Agak bagus cerita ini sebenarnya..jikalau anda perasan yang cerita2 stephen chow ni kebanyakkannya menunjukkan semangat seseorang yang jatuh dan dihina lalu bangun semula sebagai seorang insan yang lebih dipandang mulia...so, dalam2 merapu2 dia pun pandai dia selitkan pengajaran yang amat bermakna....kalau ambik cerita Alamak Toyol apa yang anda dapat hanyalah tarian melampau budak hijau 3 kaki 2 setengah inci dan skrip2 bebal....shame...

Hail The Judge


Saturday, December 3, 2011

Ombak Rindu..apa pendapat aku?




Sinopsis cerita ni....Izzah(maya karin) seorang anak dara kampung yang bagos di bawa oleh pak cik nya untuk berkerja di KL.Izzah anak yatim ok...tapi pak cik dia tu seorang perosak anak dara orang dengan menjual izzah kepada tauke kelab malam untuk membayar hutang.Sebelum terlupa,izzah ada member kampung nama Mail(bront palarae) yang minat kat dia sejak dari kecik...scene Mail ngorat Izzah kat tepi bendang agak swittt dan disambut dengan penonton yang secara berpasukan menjerit manja 'weeyyhhhh....comel/sweeettnya' apabila Mail kata nak tunggu izzah kat tepi stesen kereta api masa nak hantaq Izzah pi KL.

Babak yang Mail dengan xmalunya mengaku dia minat nak menikah ngan Izzah

Haris(Aaron Aziz) seorang anak muda kaya yang kaki perempuan pada mulanya nak melanggan Izzah setelah Izzah dijual kepada tauke tersebut tapi terus beli ngan harga 3 kali ganda..Dipaksa melayan nafsu Haris yang meraban Izzah merayu supaya ambil dia jadi isteri sebab Haris lelaki yang pertama menyentuhnya dan alang2 nak sentuh biaq bagi halal way daripada sekadar menjadi perempuan simpanan Haris...so, dengan selamberr Haris menikahi Izzah di sungai golok atau mungkin di pattani secara rahsia tanpa pengetahuan mak dia(Azizah Mahazan) dan hanya Pak Dollah saja taw(driver..aku lupa nama pelakon dia)..lama-kelamaan dengan disertakan sikap Izzah yang bermoral serta bernilai murni Haris akhirnya sedar sedikit demi sedikit dia menyayangi Izzah...dan kemuncak kesayangan nya adalah pabila Haris rasa bersalah kerana memukul serta mencaci Izzah mengangka mengandungkan anaknya..rupa-rupanya itu sindrom morning sickness Izzah...usaha Haris untuk mencairkan jiwa penonton diteruskan dengan luahan kata2 cinta di celah-celah batu ditemani bunyi ombak.Agak romantik bagi aku..

"Saya cinta kan Izzah..BTW..panggil saja I Abg" kata Haris dengan irama meremang bulu tengkok


Pergolakakan bermula apabila Mila(Lisa Surihani) artis yang baru pulang dari mengerjakan belajar di Amerika menuntut untuk berkahwin dengan Haris kerana perkahwinan mereka telah dirancang sekian lama..mereka merupakan teman rapat dari kecil..dan diburokkan lagi dengan kehadiran mak Haris yang menganggap Izzah perempuan simpanan sejati..tapi xpa la kawin jugak la ngan si Mila tu...

Konflik punya konflik,last Haris excident masuk hospital...mai la si Azizah Mahazan menjadi antagonis dengan menghalau Izzah semasa Haris xsedaq....dan buruk kan Izzah setelah Haris sedaq.dan Haris pun menghalau Izzah dari hidupnya selepas puas difitnah oleh mak dia tentang Izzah ada laki lain padahal Mail dah bertunang dah pun...xtahan dengan perangai burok mak Haris tu, Pak Dollah nekad dengan membongkar kebenaran yang Haris tu sebenaqnya anak dia siap bawak mai bukti dokumen lusuh lagi.
Menyesal dan rasa bersalah..tu ja Haris rasa pastu cari balik bini dia...jumpa bini dia mintak maaf suma cukup then bersama balik..cerita ni di akhiri dengan Mila menarik diri daripada perkahwinan tersebut kerana xsanggup bermadu dan mereka mencari kebahagian masing-masing dengan jalan sendiri.


The End..bahagia la depa..


Pada mulanya aku x kompiden sangat nak tengok cerita ni..tapi disebab kan xdak kerja ya amat so aku pun pi la tengok jugak walaupun xbawak awek..cerita2 camni kalau bawak awek syok la...

sebelom cerita start macam besa la..ada dulu iklan2 dia..antara iklan2 yang aku tertarik nk pi tengok nanti adalah cerita bertajuk 8jam lakonan abang sam pujaan ramai wanita dan juga pengarah2 filem.Pastu ada satu cerita tajuk suatu malam kubur berasap...dia punya trailer memang lawak tapi macam besa la..masih lagi cerita yang xmembina...sekadar hiburan ringan..xpa..nanti kalau aku boring lagi boleh la pi tengok..

Starting cerita Ombak rindu ni aku dah nak gelak tapi kover sikit sebab satgi orang kata aku gila..dah la tengok sorang2 pastu gelak xbersebab.Aku nak tergelak sebab Maya Karin pi tidoq atas batu kat tepi pantai sambil pegang layang-layang...dan ada ayat2 pujangga yang diselitkan berkaitan dengan layang2 tu..yang aku xleh belah nya dia pi tidoq atas batu ngan teritip suma cukop..bagi aku agak xrasional scene yang macam tu. Banyak scene kat kawasan2 yang aku kenai sebab sumanya sekitar Kedah jugak macam tempat tinggai Mail ngn Izzah kat bendang tu..sungai hat Mail pi terjun nak ambik jam Izzah tu Sungai Udang nak dekat Yan  tu. Pulau yang mengadap rumah Haris ngan Izzah tu pulau Bunting kat Yan jugak...pantai hat depa duk bercengkarama tu rasanya tempat aku pernah pi mancing dulu(hat ni tipu..). Cuma aku xsure rumah kaya sapa kat bendang yang depa buat jadi rumah mak Haris tu...

Rasa macam kat Sungai Udang...rasa ja la..

Manly tear jugak la masa kat Izzah nak kena halau tu..Azizah Mahazan berjaya buat aku meluat dengan lakonan ibu kaya yang xsedaq diri dia dengan gaya mewah tapi xberadap/mulut lancau/muka burok. baju ketat lisa surihani dan julia ziegler yang buncit turut membuat aku tersentak dan nak terkentut terbahak-bahak..babak-babak melayan suami edisi Maya karin juga menjadi dan xhambar...secara keseluruhan filem ni berentak slow dan xsesuai bagi mereka yang gemarkan aksi pantas serta jeneh2 bloodshed...aku mula2 boring gak tapi diisi dengan sedikit jenaka2 dan babak romantik yang aku sendiri xmampu nak apply kalau dah nikah nanti membuat kan filem tu agak boleh gagah la kalau nak mai layan ngan awek..lakonan Aaron Aziz sekali lagi membuatkan anak2 dara serta makcik separuh umur dalam panggung tu berimaginasi supaya suami atau bakal suami mereka romantik nak mcam tu jugak dan sanggup menangis untuk mempertahankan cinta....Aku bagi 6.2 dari 10 markah...hahahahahahaha



p/s : jangan ambik sirius sangat dengan ulasan ni..

Laporan seorang insan boring..

Hari sebab dah terlalu xtaw nak buat apa..aku amik tindakan nekad dengan pi ke loqstaq sorang2...tindakan ini di dorong dengan duit belanja yang di hulurkan ketika aku masih lagi lali2 itik di pagi hari serta desakan jiwa yang meronta keboringan..aku tunggu bas hampir sejam(tu pun boring jugak)..pastu mai la bas kaler merah MARA liner nombot 2 yang sinonim dengan perjalanan henti2 alor setar dan sungai petani..Matlamat aku hari ni nak p tengok Ombak Rindu yang baru masuk panggung..dengaq kata hot jugak movie ni. so, aku pun tringin nak pi menduga tara mana sangat cerita ni(dalam post yang lain aku sinopsis kan).



Sesampainya di aloq setaq memang perut aku yang aku utama kan.Tanpa berlengah merantau lah seorang anak watan melihat gelagat manusia di hari sabtu sambil cari makanan..dan semestinya tempat feveret untuk aku makan adalah di food court City Plaza dengan menjadi pelanggan lazim kepada sebuah kedai nasik goreng. Sambil makan2 tu aku tengok beberapa kumpulan K-pop(singkatan Kampung-pop)  lalu lintas macam tengah buat persembahan depan aku.segala macam jenih fesyen ada..lilitan itu dan lilitan ni..tapi yang xtahan..geng2 k-pop ni kebanyakkan muka macam dapuq roti nan ja...so, dalam hati aku pun ada mencela sesetengah dari mereka yang agak keterlaluan. tapi aku duk perasan ada orang tengok aku makan sorang2..macam orang gila atau xdak awek...ada la kan...Cik Siti nama nya=)ingat aku xhensem ka..tapi aku rasa agak lonely jugak sebab ramai mai ngan member xpun ngan awek .tapi xpa..orang lain akan jadi mangsa perhatian aku untuk aku keji2 kan dan hiburkan hati aku sendirian..


Selepas makan, aku pi ushar2 tiket wayang dan seperti yang di jangka CP hanya menayang kan cerita Ombak Rindu dari pukul 11 pagi sampai 11 malam. CP memang agak terkenal dengan wayang yang hanya 2 bijik hallnya serta xberapa stim sangat kalau pi tengok wayang kat situ. aku beli tiket yang pukul 3.45 sebab aku nak pi semayang dan yang paling awal pun dah habeh..aku pilih tempat duduk yang tepi tapi dah diisi dengan 3 orang manusia lain...xtaw la..harap2 mengena la awek hat segak2 ka..hahahaha.

Lepas tu, dah xtaw nak buat apa aku pun pi pekena aiskrim sundae McD sambil berjalan-jalan cari sandal baru..nak ganti sandal aku yang dah macam daun pokok pelam hat kena sagat ngan tart..cari punya cari last jumpa jugak..maka habeh dah separuh dari duit belanja aku kat sandal tu.kenapa aku beli pun xtaw padahal aku rasa x lawa tara mana sangat pun.Kena mamdrem ngan amoi tu kot...duk abang2 kat aku..ciss!!

Selesai urusan jual beli sandal aku bergegas naik ke tempat wayang dan sempat beloi sebotol air mineral..kot2 dahaga sat gi..masuk ja dalam hall tekaan aku tepat..tempat duduk aku memang sebelah awek...tapi rasanya macam budak2 sekolah yang baru habeh SPM.

Selesai wayang dalam lebih kurang pukui 6 aku ada idea nak tulih2 dalam blog..nak cerita sikit pasal movie yang baru aku tengok ja tu..sambil idea2 duk berpusing dalam otak aku..aku sempat lagi pi order McD burger prosperity large set..pergghhh..habeh RM15 aku kat situ..nasib ada duit tambang balik lagi..

dan aku pun pulang dengan hati dah diisi dengan sedikit keriangan dan boring tadi tu sebenaq nya ada lagi...lame betoi perjalanan aku hari ni.tu pun dak..gagah nak cerita..aku cerita pun sebab aku boring lagi..

-sekian-

laporan disediakan oleh,


yang berbahagia

pengerusi penghasilan karya2 masam


p/s: nanti kalau rajin aku edit post ni tambah gambaq sikit..aku ada tangkap gambaq cikit selain dari geng k-pop..cuma xdapat nak upload sebab xleh transfer.gambaq yang bas tu aku curik ja kat google imej..tumpang gambaq noh...

Friday, December 2, 2011

Memori PLKN...

                           

Ni video aku upload lama dah lepas aku masuk PLKN....depa ni member aku  dalam kompeni DELTA dan masa time aku tu kompeni kami dapat nombor 1 keseluruhan.tapi jasa aku xbanyak sangat la.haha...pandai dak sapa buat lagu.bagi aku bes jugak la...penulis lirik dia budak SMS Machang..hahaha..rasa nostalgia pulak bila tengok balik video ni..xtermasuk benda-benda yang memalukan lagi yang aku pernah buat kat sana..layannn!!

Thursday, December 1, 2011

CUTI

Saya sedang cuti dan saya xtaw nak buat ap waktu cuti ni...itu saja.selain membantu kedua ibu bapa dengan jiwa dan senyuman yang ikhlas serta tanpa rasa malas,aku hanya tidoq serta makan secara agresif..sapa2 ada cadangan..angkat tangan!!!




hmmm.......jangan bagi cadangan suruh tengok cerita ni

Sunday, November 27, 2011

FIlem Malaysia..

Apa yang bodohnya tentang filem Malaysia...

Satunya...kiqa nak untung ngan promosi macam nak rak...heboh siap ada siti lagi jadi promoter...ini semua taik..bila pi tengok..ya!!sangat xmemberansangkan dan terpaksa menyesai lepas tu sebab pi tengok buat pa xtaw....

promotion gila2 tapi pi tengok..mak ai...

sama jugak hat ni pun..pengarah dia memang aku xcaya dah kalau buat filem

Duanya...kewujudan watak2 bodoh yang nampak sangat bodoh..kiqa menjadi la lakonan dia sebab nampak bodoh..aku meluat gila ngan watak2 yang xpatut wujud..konon sebagai penyeri filem..haram xseri pun...ada setengah menjadi.tapi hat xmenjadi tu memang habuk la..

Adik toyol ngan abang2 toyol


Tiganya..untung 7 8 juta..tapi filem semua hantu,rempit,bohsia..tipikal ngan masyarakat dan x mengembangkan minda lansung.. sekadar hiburan ringan yang burok untuk otak masyarakat..




aku taw yang nak buat filem bukan senang apatah lagi nak setaraf hollywood..tp sekurang-kurang nya contohi la filem2 macam






modal xbanyak mana rasanya kalau buat filem2 macam ni.memang mampu dengan gaya duk untung jutaan ringgit dari penduduk Malaysia. Rasanya memang penulis2 skrip kat malaysia ni banyak bekas bomoh2 indie atau kaki2 rempit kot..

Dugaan!!(jiwang..jangan baca kalau xjiwang)

Dugaan orang bercinta ni memang banyak..selalunya ikut jenih orang tu..remaja yang normal selalu ada masalah jeles2,ada masalah ex lama datang kembali dan xlupa ada masalah xserasi pastu mula nak cari hat lain. Selalu ja ada orang akan menggugat jiwa liaq anda untuk takle  manusia2 yang dirasakan lagi hebat,segak,comel,hensem,perawan dan mantap tersebut..banyak kali gak la aku rasa nak buat macam tu.hahaha...awek segak memang ramai...boleh kata aku memang senang nak tergoda..tapi xpa..at last, aku sedaq yang benda tu semua xpenting...

Yang PENTING!! anda hargai la apa yang awek anda dah buat untuk anda selama ini sebelum anda pasang 2 3 awek lagi..kalau rasa hensem sangat up lagi jadi 7 8 orang...kalau die hard punya orang ok la buat camtu...kalau kantoi memang la best..aku selalu habaq kat cik siti yang masa depan kita xtaw macam mana dan cik siti akan pesan pulak kalau boleh jaga la sampai kekal...aku memang harap kekal jugak.so,aku pun berusaha mengontrol daripada mengayat awek2 lain walaupun rasanya kalau aku ngorat xdapat pun. Pa pun kalau lagi banyak pengorbanan atau jasa seseorang tu lagi kuat la anda punya hubungan ngan dia..Kalau sanggup gak makna nya jiwa anda betul kering serta layak dipanggil player terbaik. Cuba la untuk setia sebaik mungkin dan hargai la jasa orang.jangan sampai dah ludah nanti kena jilat balik.'Sedeyhhh!!!' kata  Jai dalam skrip KL gangster..




*Gambar sekadar hiasan..aku search gambaq 'setia' kat google tapi jumpa hat ni...











Tuesday, November 22, 2011

Exam dah habeh

Tanggal 22 Nov 2011 tamatnya peperiksaan untuk mencari bakal2 pencinta,pembela,penjaga,penyanjung dan pencinta alam sekitar serta budak2 makmal tahun pertama.Tapi ni baru exam sem 1...dh tunggang langgang di buatnya..Jadual study PES 2011 sampai pkui 2..pastu baru start baca buku.Tu pun berenti pukul 2.30.memang nak kena hawing* la kalau xlepas pointer. Perjalanan masih panjang...sem 1 ni untuk mahasiswa belajar dari kesilapan dan sem 2 pulak untuk meneruskan kesilapan di masa sem 1...cantek!! Pa pun selamat bertawakal kepada semua student2 mestech...







Apa nak buat lepas exam tamat??

1. kenduri kesyukuran
orang yang jawab dengan jawapan2 bermutu dan berkualiti ja layak buat macam ni

2.lepak pub/clubbing...
tension2 exam buat benda haram plak.high2 ckit..pekena sampai ting tong 2 3 pagi..disambut dengan hilai tawa syaiton...yeahh.anak muda harapan bangsa..

3.teruskan study/baca buku sem depan...
ini boleh ramai2 sepak pelaku....

4. pi lepak mall
ni dah basi...xhardcore macam no 2...atau sapa setuju nombor 2 pun dah lame...

5.panjat broga/lawan ikan laga atau cengkerik/makan bakso...
hahaha...xdak motif..habeh xdak apa nak buat apa..hat ni xdak kena mengena pun...taik..xda idea...


P/s : amek yang jernih tinggai yang keroh2 tu...

Saturday, November 12, 2011

Mereka deserve penyepak 2 petala langit...


Ni antara orang2 yang sangat sesuai disepak beramai-ramai dengan segala jenis skill yang ada......

Gambar sekadar hiasan.....tiada kena mengena dengan  kehampehan chelsea.

1.     Pompuan yang pakai baju ketat up dada.baju jarang macam pukat terkoyak,tayang bulu lengan yang bersirat-sirat dan pakai suaq jeans yang lagi men'jin'kan manusia.Pastu marah orang laki usha dia.kata gatai la,gila sex la....owhhh...ini betul2 nak kena penyepak jenis backflip...debusshhhh!!!

2.     Sapa yang berak xreti-reti nak flush padahal diri tu sempurna anggota badan....sangat bingai perangai ini sebab memaksa orang len pulak tolong basuhkan sambil menahan-nahan nak terberak..ini punya manusia langsi layak disajikan penyepak jenis voli macam CR nak sepak bola betul2 tepat dimuka...

3.     Penonton wayang yang bangangnya menendang-nendang/hinggut2 kerusi penonton kat depan...yang ni penghilang mood nak tengok wayang.Rasanya penyepak jenis yeop chagi@sepak guna batang kering perpadanan dengan perangai ni..

4.     Awek yang hot serta layak dipuji dengan kata2 manis atau sebaliknya yang dilamar untuk menjadi awek/girlfren/marka/teman wanita menolak permintaan laki tu dan dengan riaknya sebarkan perbuatan laki tersebut di reject yang ternyata agak memalukan bila diperbuat demikian...bodoh.taw la segak pun..aku tingin nak sepak somersault ja kot kat orang jenih ni..

5.     Last but not least, staff perkhidmatan awam atau pemberi servise berbayar yang melayan lebih kurang/bermuka seperti nak penumbuk/lembab buat kerja/bercakap macam xmaw kerja/kerja xseperti yang diharapkan. Orang2 macam ni rasanya patut makan stokin aku ja...muaahahahaha.KILL2!!DIE2!!..rageeeeeee



Sekadar amaran..

Nasihat dan tips dari org yang sangat pakar dalam melalaikan diri dari study.....









Peringatan...hanya manusia mangkuk cam aku ja buat cmni!!...dont try this in front of your lecturer kalau
xnak anda disumpah jadi honda supra..


P/s : pilihan terletak di tangan anda..gunakan sebaiknya-sekian-

Thursday, November 10, 2011

Exam dunia

Minggu ni study week aku berjalan dengan lancar(sangat2 lancar).Seperti biasa ianya di isi dengan aktiviti xberfaedah serta melalaikan..ni la yang aku buat dari sekolah menengah,matrik dan sekarang ni..to suck. Awat la aku macam ni punya pemalaih..paling ketara aku tidoq dengan ekstremnya  sampai aku lupa aku mimpi ka realiti(ala2 inception...haha.bloody fucking lame joke). Last minit nanti baru nak kalut..tapi rasanya macam besa jugak.adrenalin aku mungkin xdilancarkan dengan sempurna untuk aku ada rasa gemuruh amek exam dan mula mencapai buku2 setebal 3 inci setengah supaya di telaah.tapi malangnya aku masih bersifat cool walaupun aku yakin aku xberapa nak taw apa pun yang aku mengaji.sapa2 tolong bagi semangat sat..ayat2 manis pun jadi la walaupun xmenjanjikan apa2 perubahan tindakan dari empunya diri.kalau ada sedikit anjakan paradigma pun ok la..aku xmaw la jadi orang xguna sangat..nanti Cik Siti nak makan apa?anak-anak aku nak kena suap apa? parent aku bukan nak bela aku sampai ke tua,nak menikah guna apa? dan segala macam apa lagi..

Tapi aku ada masalah minggu lepas di mana aku di bar dari exam.Kes nya bukan xcukup kedatangan tapi kena langsaikan yuran yang tertunggak.dan Alhamdulillah dah selesai pun krisis tersebut.Anda xdapat bayangkan betapa mata aku bersinar-sinar pi ambik slip exam. So, pa pun wish aku Good Luck..aku duk harap gud luck hampa suma ja la..nak harap ilmu..xberapa nak ada dah...orang tua2 pesan jangan tinggai semayang ja.Ayuh!! Menuju 'GREEN BOOK'..(serentak buku dicapai dan laptop dihadapan dengan akaun fb yang masih lagi on9...cuba teka apa kesudahan dia.hahaha)...

Wednesday, November 9, 2011

Aku dan kopi



Aku menghadapi masalah serius dengan kopi dimana kopi adalah my pleasure drug selepas Cik Siti(jangan pikiaq pelik)..hahaha..mana2 pi kedai ja order nescafe aih..balik bilik hentam susu kopi plak...selalu 3 4 kali sehari memang wajib la..semua orang taw yang kopi memang tinggi kandungan kafein..tapi nak buat camna..tu la yang duk bagi aku ketagih...pernah sekali aku deman dalam 2 mnggu..memang ganas la deman aku kali tu..dalam erti kata lain aku xminum nescafe sepanjang 2 minggu tu.last2 aku kena tanggung efek nescafe tu sendiri..nescafe tu berbisik-bisik kat telinga aku suruh aku minum dia walau segelas.tapi efek yang aku paling rasa mata aku akan mengantuk seawal jam 6 petang dan yang teruknya aku akan tidoq awai gila dalam pukul 9 sampai pagi besok(lebih tepat dan benar lagi tengahari besok).pastu bangun tu badan memang jadi lemah selemah taik yang mudah dipecahkan dengan semburan air..kafein memang digunakan sebagai medium untuk study sebab kafein dapat membantu mencelikkan@boost mata sehingga 2 3 pagi..tapi bila dah selalu sangat minum badan anda tidak dapat melakukan fungsinya secara normal tanpa bantuan kafein terutama otak kerana saraf2 yang mencelik kan mata sudah menjadi lemah apabila tiada kafein..Bila dah jadi macam tu, anda akan mengantuk tersangat-sangat dan xpeduli ada assigment,kelas,perjumpaan koko atau saman dari unit disiplin anda akan melentangkan diri anda xubah seperti mayat.xlupa juga mata anda sangat ngeri untuk ditatap kerana semerah biji saga...Tindakan aku selepas itu adalah dengan berpantang dari minum sebarang jenih kopi selama tiga bulan dan Alhamdulillah dah normal balik..




Sedikit studi aku mengenai kesan kafein yang melampau.Antaranya ialah :

  • Ulser
  • Masalah jantung
  • Sakit kepala
  • lekas marah@perongoih/perengus
  • masalah saraf
  • dehidrasi
  • mempercepatkan proses osteoporosis(wanita yang menopaus)


p/s: aku sebenaqnya xserik-serik lagi pun minum menatang ni.

Monday, November 7, 2011

Hala Tuju





Aku budak UniKl cawangan MESTECH terletak dekat kajang dan merupakan kampus mini dan comel sebab sewa rumah kedai sebanyak 5 blok kalalu xsilap.Aku study Bachelor of Medical Science technology in Environmental Healthcare.Jangan layan depan yang panjang2 tu...course aku ni yang pentingnya yang environment healthcare tu ja..Mula2 serius aku xpaham gak mengaji menatang apa kalau masuk degree ni...tapi selepas masuk kelas intro environment..baru banyak pendedahan yang aku taw...haha...aku xkata yang kos ni jamin kerja atau masa depan aku.tu suma ikut rezeki...tapi dari segi penilaian aku masih lagi cerah jugak la..sebab cabang kos ni banyak sangat.kalau IPTA ada dalam 2 atau 3 buah universiti sahaja yang tawar kan kos yang lebih kurang aku ni...tapi untuk pasaran kerja lagi banyak peluang sebab kos ni memang dalam permintaan..tapi aku nak dalam kan lagi berdasar kan apa yang lecturer aku bagitaw budak2 kos ni kalau nak bagi lagi sure dapat kerja kena amek kursus tambahan dengan NIOSH..maksudnya lepas degree kalau nak kuat kan degree aku tu kena ada sijil NIOSH sekali..aku rasa benda ni lumrah la kan..macam engineer jugak.kena daftar ngan persatuan engineer pa xtaw pastu amek exam kan kalau xsilap aku..Sijil NIOSH ni penting sebab ianya diiktiraf swasta dan kerajaan.kira extra dari orang lagi la kalaiu ada sijil ni...nak amek sijil ni pulak kena ada RM 4k...hahaha..kalau sapa bernasib baik dapat keja awal pastu kerja pulak dengan kompani2 yang kay,  kompani tu boleh tolong support kan...nak amek sijil tu pulak kena ikut modul kursus dia dalam 21 minggu.Dah degree 4 taun pastu campur ngan 21 minggu ni lagi..xpa la..berkorban la masa sikit kan...haha..peluang kerjaya Insyaallah ada.Kerja pulak anda boleh try dengan banyak jabatan dalam kerajaan.Syarikat swasta seperti PETRONAS,kilang2,airport2,hospital2 serta banyak lagi kompani yang boleh anda kerja.tapi apa pun semua nya kena usaha jugak la..kalau grad2 tu duk melingkaq kat rumah ja,pi interview pun xprepare memang la xdapat...rezeki tu xdatang bergolek..   


Dan tahap tertinggi kalau kerjaya ikut kos aku ni adalah Safety Officer..kalau setakat ada degree saja xboleh iktiraf Safety Officer lagi taw.bukan senang-senang je nak panggil safety officer..Kalau nak dapat Safety officer ni kena ada pengalaman kerja@practice selama 3 tahun baru boleh apply pastu ditambah lagi dengan kursus2 yang akan dijalankan.Last sekali sampai dapat 'Green Book'.Green Book tu baru mengiktiraf kelayakan anda dipanggil Safety Officer.kalau engineer ada Ir. dan kalau doktor ada Doktor pakar..dalam bidang environment ni Safety Officer la pangkat tertinggi dan selalu nya pangkat tinggi ni memang ummppp la gaji dia..hahaha..aku sering di soal kalau masuk bidang ni nak buat apa lepas ngaji?nak kerja apa?gaji tinggi ka ngaji bidang ni??ni la jawapan nya...aku awal2 dulu memang xtaw...ni baru aku taw..mudah-mudahan aku dapat habihkan degree aku ni plus dapat cemerlang sebab nak bayaq duit MARA murah ckit..hahaha.kalau sapa2 yang berminat nak amek kos ni jangan ragu2...best cikit sebab belajar kos ni santai sedikit dan banyak kerja lapangan...

Chowww!~~~~~~

Saturday, November 5, 2011

Kisah Di Kedai Mamak(jgn espek ceta lawak plak.ini serius)

Perbualan antara mak cik ipad(sebab dia ususng ipad) yang kelihatan berumur 40 hingga ke 50 an dengan seorang pemuda yg x up to date kat sebuah kedai mamak di Aneka yg terletak di sebuah Bandaraya Agung lagi masyur(Gurun) sebab mereka terpaksa berkongsi meja kerana kedai tersebut penuh dan kebetulan pemuda tersebut duk sorang ja.

Mak Cik  : Duk mane?

Pemuda   : taman belakang ni ja...

Mak cik  : Ouh...dekat je la..sekolah form berape?

Pemuda  : dah degree pun...tengah cuti sekarng

Mak cik  : ya ke...muke macam budak sekolah menengah lagi...ingat form 5 lagi..

Pemuda  : (senyum sinis)...hahaha...xda la...dh degree..first year

Mak cik  : study dekat mane?

Pemuda  : Bangi...un***

Mak cik : Ya ke...mak cik duk shah alam..datang kedah sebab ade rumah dekat guar chempedak..ni tengah
                cari sim kat untuk ipad ni.tapi xde la kat sini..kat kedah xde..kalau kat shah alam banyak la..ade
               wifi x kedai ni??yang bulat hitam2 tu ape??(sambil menunjuk ke CCTV restoran tersebut

Pemuda  : tu CCTV mak cik....kedai ni banyak CCTV..

Mak cik  : banyak ye...ingat WIFI..kenape pasang banyak sangat

Pemuda  : Xtaw la..tapi restoran ni dulu memang ada wifi

Mak cik  : tu la...mak cik tengok pun xde wifi..hmm...restoran ni semua mamak ke yang masak..kalau kat
                shah alam kedai je mamak tapi indon2 yang masak.kotor..diorang xselawat,xcuci macam orang
                kite.kotor..makan nanti boleh jadi benak.mak cik duk kat shah alam tu pun.kotor pastu
               .berterabur.ye la kan..bukan senang nak memerintah adik ye.bagi kat orang yang xde
               pengalaman memerintah memang macam tu la jadi nye..kat alor star kotor jugak x?

Pemuda  : Ok lagi la dari dulu...dulu lagi kotor..tp sekarang lagi ok la..sungai kat alor star pun dah bersih
                sebab dah ad yang jaga.ada buat penapis sampah(padahal xtaw betoi ke x)

Mak cik  : Ya ke..owh..tapi mak cik pegi melaka..bandar diorang memang cantik la..terengganu pun serupa.

Pemuda berbisik dalalm hati sambil minum teh tarik mamak dengan sedikit laju
(sungai melaka ngan sungai loqstaq lebih kurang ja...sungai loqstaq wangi lagi kot)

Mak cik  : dah lame mak cik xnaik atas gunung jerai tu..ntah jadi ape la dengan kerajaan sekarang..

Pemuda  :  kat atas tu dah ada macam2 dah...ada taman strawberi ngan hotel lagi.. hotel the regency kot
                kalau xsilap...ok lagi la dari dulu.dulu dah mati gunung jerai tu..xda orang nak p..sekarang dah ada
                hotel tu kira ada function sikit la

Mak cik  : ya ke....hotel tu bila buat tu??masa sanusi jonet dulu ke?

Pemuda  : (tengok up 2 date sangat..nak gelak pun ada gak.ada pulak zaman sanusi jonet..xlogik lansung)
                xda lah..hotel tu masa yang baru ni la..ustad azizan yang bagi siap hotel tu...

Seiring dengan teh tarik yang sudah habeh di minum pemuda tersebut bangun dengan senyuman penuh bermakna kerana  indoktrinasi mak cik tu yang berjaya di halang dari memasuki otak.tapi takut tercakap fakta yang salah.pandai2 la ank google sendiri mak cik oi..ipad ada dah kat tangan kan..orang nak minum teh tarik petang2 nak rilek..ada pulak nak sembang pentadbiran2 pastu kritik2 negeri orang.sensitip taw..hahahahaha.

# based on true story.tp kenapa aku post pun aku xtaw...


Aku nak tulih...tapi xtertulih!!



Baru aku sedar takat boleh menulih(boleh la sangat..) ja xcukup lagi..aku kena taw banyak benda sebelom menulih...banyak benda aku nak tulih tapi bila sampai kat satu keadaan aku sendiri akan terpikir balik apa yang aku tulih ni..orang nak baca ka dak?? atau nanti apa orang kata lak kalau tulih macam ni...hahaha...padahal haram xdak orang nak baca pun..apa la aku seriau sangat..aku lagi seriau sebenaqnya aku tulih benda yang xbetol..bila xbetol akan menampakkan lagi dangkalnya ilmu aku dan kekadang memakan diri pulak rasa kalau tulih benda xbetol selain nak tangung lagi kalau ada orang yang terikut-ikut apa yang xbetol aku duk tulih.harap2 memang xdak la..(sekali lagi aku perasan ada orang nak baca blog aku.....

so,untuk menangani segala masalah ni aku rasa aku kena mula baca buku2 yang lebih serius sambil2 ambik serius subjek philo & psycho sem 1 ni dan dapat A dalam subjek tu..kos aku ada taw belajaq benda2 ni walalupun aku mengaji alam sekitar..apa kaitan nya???tanya la dekan aku..aku pun xtaw..mugkin nak bagi pendedahan kat orang2 macam aku kot..

P/s:pastikan ada cukup ilmu sebelom mengilmukan orang lain.....