Not About Me

Sunday, February 5, 2012

Sehari cari buku

Sempena baucer buku sebanyak 200 hinggit yang diberikan oleh kerajaan(petanda-petanda besar PRU) akupun keluar la ditemani Cik Siti pi cari-cari buku apa yang patut.tapi tu perkara utama..perkara xutama kami keluar pi lepak TS tengok wayang sampai 2 movie direct..fes tengok The Grey lakonan Liam Neeson..sempoi gak la...cerita macam mana nak survive kalau tiba2 kapal terbang anda naik jatuh bersepai dekat2 Alaska xpun Canada yang sejuk.Pastu Jacob dan keluarga serigalanya pulak pakat duk mai ligan nak tunjuk sapa power dalam puak serigala dan layak di angkat menjadi Alpha dog..mati la hampa satu persatu kalau xkena cara..kalau nak taw cara dia..tengok la The Grey.Seriously,anda boleh rasa sendiri betapa berdebarnya nak lari dari geng serigala yang besaq2 penyepak dan macam mana nak harung salji yang boleh jadi negative 10 darjah celsius.Aku bagi 7 markah daripada 10!



Filem Kedua pulak kami tengok Chronicle...hat ni pun boleh la nak layan...lagi Okay dari cerita Azura 8 juta kali ganda.Cerita pasal budak2 remaja  seramai 3 orang yang dapat power telekinetik selepas masuk kat dalam satu gua yang ada kristal biru..lepas kelam kelibut cikit masa nak dapat power tu tiba2 ja tunjuk depa dah boleh guna power tu.Berlatih dan terus berlatih depa jadi makin power..mula-mula semuanya indah ngan power tu.tapi lepas dah xleh kontrol amarah segala amarah yang terpendam berdekat lamanya akibat masalah keluarga yang teruk dan sering kali menjadi mangsa buli di sekolah akhirnya jiwa nerd dan pendiam salah sorang member depa ni bertukar menjadi ganas serta xleh nak kontrol lagi...habeh semua benda dia nak gerakkan.malangnya lag...budak nerd ni paling power antara mereka bertiga dan menggelarkan dirinya pemangsa Apex dalam carta aliran pemangsa yang bermaksud the most powerful predator mengikut teori Evolusi.Bersepah la bandar yang depa duduk tu dikerjakan budak ni.dan ending dia memang superb jugak la...bagaimana member2 yang duk men sekali terpaksa nak bunuh kawan dan lebih tepat sepupu sendiri walaupun dia amat simpati ngan nasib sepupu dia tu demi keamanan sejagat.


Apa yang bernilainya tentang filem ni adalah nilai brotherhood yang ditunjukkan dan bagaimana seorang yang selalu pendiam boleh jadi lagi merbahaya dari pembuli yang berlagak bag0s kat luar sana. Xlupa jugak...cinematography filem ni yang unik dimana semuanya adalah dokumentari dari video recorder budak nerd tersebut dan beberapa lagi dari sumber recording lain.Memang best jugak la...Ni aku bagi 7.3 la...





Lepas tengok wayang pulak..kami pun pi la MPH dekat Midvalley...aku xda la nak beli buku sangat sebab dah ada buku apa yang patut.So, baucer tu aku beli la koleksi buku lain yang aku rasa boleh jadi bahan berguna.Kalau aku xbaca sekarang pun kurang-kurang boleh jadi koleksi.nanti xdak la kosong sngat almari buku..bila free boleh gak settle kan buku-buku tu.Tapi benda penting yang aku beli adalah senaskah Al-Quran...hahahaha.sebab kat bilik xdak sebijik pun.Rasa2 DS Najib dapat pahala dak kalau sapa2 baca Al-Quran yang dibeli guna baucer dia bagi ni??


dan baucer aku ada lagi baki RM50...

No comments:

Post a Comment