Not About Me

Monday, April 30, 2012

Ya..Mungkin Saya Bodoh

Malam ni aku rasa macam nak post satu entry...mungkin lepas aku ada baca tentang BERSIH 3.0 tadi..Aku xmaw letak apa-apa pendapat kat sini dan sememangnya ada saja isu-isu yang digunakan oleh dua2 belah pihak dengan sebaiknya.Aku x nafikan yang berita di TV tempatan agak over dalam memberi maklumat kepada rakyat dan perkara ini juga merupakan antara titik tolak pertama yang buat aku rasa kerajaan xberapa adil ketika itu aku masih di sekolah menengah iaitu tiada kebebasan media yang aku lihat kat Malaysia..Aku dulu pun mentah dan muda..semua yang ada di TV semua aku angguk dan telan bulat2. Tapi disebabkan makin lama makin berkembang otak manusia sesuai dengan umurnya aku mula berfikir yang pihak pembangkang dekat Malaysia ni memang tak selalu masuk TV ka? Aku mula nampak ketidak adilan di situ..dan ini xdak kaitan dengan dakyah pembangkang sikit pun..Orang macam aku dapat tengok kekurangan kerajaan melalui kekuatan mereka sendiri.

 Maka makin lama makin aku tertarik membaca blog-blog dan tulisan-tulisan yang pro-pembangkang...Aku boleh dikategorikan sebagai apa yang penyokong BN katakan orang BODOH sebab terpedaya dengan dakyah dan helah pembangkang..tapi aku xkisah semua itu.Aku cuma nak tengok bagaimana pembangkang memerintah nanti..adakah ianya seperti apa yang diharapkan rakyat ataupun sebaliknya sebab aku percaya yang kita ada kuasa dan jikalau kerajaan sedia ada boleh tumbang hasil usaha rakyat apatah lagi bakal kerajaan baru nanti kalau2 taik juga yang mereka berikan pada rakyat. Ada yang kata kalau pembangkang memerintah nanti jangan menyesal la kalau hak2 kita tergadai. Bagi aku kita xperlu takut dengan slogan sedemikian. Percaya la pada apa yang kita pegang cuma aku agak terkilan bagaimana sesetengah orang dengan senang-senang menghina Ulama.

Jikalau aku silap dalam hal ni maka awal lagi aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi ingatkan aku betapa bahayanya pembangkang dan diharapkan kalau sebaliknya moga kita sama2 peroleh manfaat dari perjuangan kita walaupun berbeza lane dia. Kearah Malaysia yang lebih baik sebab Saya Pun Sayangkan Malaysia



P/s : Lagu ni penyanyi dia yahudi..sorry la kalau2 aku xtersengaja jadi agen yahudi...lirik dia pun xdak kaitan sangat..

3 comments: