Not About Me

Sunday, May 6, 2012

Paranoid


Hari ni aku ada tengok berita 1.30 kat TB3 kata kat eropah kempen anti-Islam semakin meluas..dan semalam aku ada tengok orang post pasal agenda dan tuntutan yahudi melalui beberapa pemimpin pembangkang dekat Malaysia tapi secara article SAHAJA tanpa sebarang pengesahan. Yang anehnya benda tuntutan ni benda yang sama aku tengok dalam video BTN dulu. Sebijik cuma dulunya isu IFC dan setiausaha PAS tapi sekarang melibatkan Ambiga(sebab BERSIH 3.0) dan Lim Guan Eng(sebab pemimpin DAP). Then tiba-tiba aku terfikir dekat eropah ada jugak tak orang yang sebarkan agenda-agenda tersembunyi Islam dan tuntutan Islam maksud aku macam kat Malaysia ni kerana almaklumlah sekarang ni sememangnya Islam sedang berkembang dekat Eropah dan mungkin sebab itu sentimen anti Islam dimainkan untuk memastikan sehabis baik rakyat di negara masing-masing tidak 'terpengaruh' dengan dakwah Islam dan berlaku la kempen macam kat TB3 tu.

Mungkin ini hanya pertanyaan dalam hati kecil aku dan aku pun tak tahu. Kalau pakat tak setuju tak pa la sebab masing-masing ada penilaian sendiri. Mungkin betol dan mungkin salah tapi kalau benarlah seperti yang aku duk rasa ni ada, kita boleh tengok la bagaimana pemerintah menggunakan isu-isu agama demi mengekalkan kuasa mereka ataupun demi kepentingan masing-masing. Mungkin agenda yahudi semua ni betol dan sulit lagi tersembunyi sampai susah nak dibuktikan dengan solid tapi entah la...kenapa aku rasa perkara-perkara macam ni hanya mainan politik.

Bukan sebab aku tak concern dengan agama Islam sendiri tapi kita macam boleh lihat yang semua ni lebih kepada agenda memparanoidkan orang supaya tak memilih yang apa yang mereka nak percaya tapi atas alasan  nak menyelamatkan agama masing-masing. Dah tu siap letak sila share kalau anda sayang kan Islam dan andalah pejuang Islam sebenar. Memang bagus kalau sebarkan info tapi kalau bab share-share ni aku takut aku share benda yang salah dah tu ramai orang pulak percaya. Last-last jadi fitnah terhadap agama..tapi apa-apa pun kita tetap kena beware. Bukan sebab agenda-agenda ni semua tapi beware dengan diri dan iman kita sendiri..tak gitu.Sekian Wallahualam.


P/s : aku tulis tanpa sebarang bukti susulan sebab ni semua hanya pandangan sendirian berhad.dan aku ada sertakan link mengenai paranoid.tapi xtaw la hat ni agenda yahudi gk

http://paxwill.hubpages.com/hub/Paranoia-and-Paranoid-Schizophrenia

No comments:

Post a Comment