Not About Me

Monday, November 7, 2011

Hala Tuju





Aku budak UniKl cawangan MESTECH terletak dekat kajang dan merupakan kampus mini dan comel sebab sewa rumah kedai sebanyak 5 blok kalalu xsilap.Aku study Bachelor of Medical Science technology in Environmental Healthcare.Jangan layan depan yang panjang2 tu...course aku ni yang pentingnya yang environment healthcare tu ja..Mula2 serius aku xpaham gak mengaji menatang apa kalau masuk degree ni...tapi selepas masuk kelas intro environment..baru banyak pendedahan yang aku taw...haha...aku xkata yang kos ni jamin kerja atau masa depan aku.tu suma ikut rezeki...tapi dari segi penilaian aku masih lagi cerah jugak la..sebab cabang kos ni banyak sangat.kalau IPTA ada dalam 2 atau 3 buah universiti sahaja yang tawar kan kos yang lebih kurang aku ni...tapi untuk pasaran kerja lagi banyak peluang sebab kos ni memang dalam permintaan..tapi aku nak dalam kan lagi berdasar kan apa yang lecturer aku bagitaw budak2 kos ni kalau nak bagi lagi sure dapat kerja kena amek kursus tambahan dengan NIOSH..maksudnya lepas degree kalau nak kuat kan degree aku tu kena ada sijil NIOSH sekali..aku rasa benda ni lumrah la kan..macam engineer jugak.kena daftar ngan persatuan engineer pa xtaw pastu amek exam kan kalau xsilap aku..Sijil NIOSH ni penting sebab ianya diiktiraf swasta dan kerajaan.kira extra dari orang lagi la kalaiu ada sijil ni...nak amek sijil ni pulak kena ada RM 4k...hahaha..kalau sapa bernasib baik dapat keja awal pastu kerja pulak dengan kompani2 yang kay,  kompani tu boleh tolong support kan...nak amek sijil tu pulak kena ikut modul kursus dia dalam 21 minggu.Dah degree 4 taun pastu campur ngan 21 minggu ni lagi..xpa la..berkorban la masa sikit kan...haha..peluang kerjaya Insyaallah ada.Kerja pulak anda boleh try dengan banyak jabatan dalam kerajaan.Syarikat swasta seperti PETRONAS,kilang2,airport2,hospital2 serta banyak lagi kompani yang boleh anda kerja.tapi apa pun semua nya kena usaha jugak la..kalau grad2 tu duk melingkaq kat rumah ja,pi interview pun xprepare memang la xdapat...rezeki tu xdatang bergolek..   


Dan tahap tertinggi kalau kerjaya ikut kos aku ni adalah Safety Officer..kalau setakat ada degree saja xboleh iktiraf Safety Officer lagi taw.bukan senang-senang je nak panggil safety officer..Kalau nak dapat Safety officer ni kena ada pengalaman kerja@practice selama 3 tahun baru boleh apply pastu ditambah lagi dengan kursus2 yang akan dijalankan.Last sekali sampai dapat 'Green Book'.Green Book tu baru mengiktiraf kelayakan anda dipanggil Safety Officer.kalau engineer ada Ir. dan kalau doktor ada Doktor pakar..dalam bidang environment ni Safety Officer la pangkat tertinggi dan selalu nya pangkat tinggi ni memang ummppp la gaji dia..hahaha..aku sering di soal kalau masuk bidang ni nak buat apa lepas ngaji?nak kerja apa?gaji tinggi ka ngaji bidang ni??ni la jawapan nya...aku awal2 dulu memang xtaw...ni baru aku taw..mudah-mudahan aku dapat habihkan degree aku ni plus dapat cemerlang sebab nak bayaq duit MARA murah ckit..hahaha.kalau sapa2 yang berminat nak amek kos ni jangan ragu2...best cikit sebab belajar kos ni santai sedikit dan banyak kerja lapangan...

Chowww!~~~~~~

10 comments:

  1. Kalau lepasan stpm boleh apply course ni tak ? Saya dulu ambik pengajian am, sejarah, perniagaan dan ekonomi.

    ReplyDelete
  2. tq 4 d info...good!!!

    ReplyDelete
  3. tolong reply sat.. kos ni ada pompuan dak cek dok pqati mcm laki ja smuaa...

    ReplyDelete
  4. saya dapat tawaran dari unikl untuk course ni, usha dia punya subject rasa cuak pula 😅

    ReplyDelete
  5. Kiranya course ni lebih kurang macam Environment Technology ke?

    ReplyDelete
  6. vimeo ada" OFFICE SCANDAL UNIKL 2019 "

    ReplyDelete