p/s : saja takdak keja
Thursday, May 31, 2012
Wednesday, May 30, 2012
Wordless Thursday #1
Sebab utama saya bizi(buat2) sampai jarang tulih status FB,tweet mahupun layan awek ada dalam gambar ni.
Sunday, May 6, 2012
Paranoid
Mungkin ini hanya pertanyaan dalam hati kecil aku dan aku pun tak tahu. Kalau pakat tak setuju tak pa la sebab masing-masing ada penilaian sendiri. Mungkin betol dan mungkin salah tapi kalau benarlah seperti yang aku duk rasa ni ada, kita boleh tengok la bagaimana pemerintah menggunakan isu-isu agama demi mengekalkan kuasa mereka ataupun demi kepentingan masing-masing. Mungkin agenda yahudi semua ni betol dan sulit lagi tersembunyi sampai susah nak dibuktikan dengan solid tapi entah la...kenapa aku rasa perkara-perkara macam ni hanya mainan politik.
Bukan sebab aku tak concern dengan agama Islam sendiri tapi kita macam boleh lihat yang semua ni lebih kepada agenda memparanoidkan orang supaya tak memilih yang apa yang mereka nak percaya tapi atas alasan nak menyelamatkan agama masing-masing. Dah tu siap letak sila share kalau anda sayang kan Islam dan andalah pejuang Islam sebenar. Memang bagus kalau sebarkan info tapi kalau bab share-share ni aku takut aku share benda yang salah dah tu ramai orang pulak percaya. Last-last jadi fitnah terhadap agama..tapi apa-apa pun kita tetap kena beware. Bukan sebab agenda-agenda ni semua tapi beware dengan diri dan iman kita sendiri..tak gitu.Sekian Wallahualam.
P/s : aku tulis tanpa sebarang bukti susulan sebab ni semua hanya pandangan sendirian berhad.dan aku ada sertakan link mengenai paranoid.tapi xtaw la hat ni agenda yahudi gk
http://paxwill.hubpages.com/hub/Paranoia-and-Paranoid-Schizophrenia
Monday, April 30, 2012
Ya..Mungkin Saya Bodoh
Malam ni aku rasa macam nak post satu entry...mungkin lepas aku ada baca tentang BERSIH 3.0 tadi..Aku xmaw letak apa-apa pendapat kat sini dan sememangnya ada saja isu-isu yang digunakan oleh dua2 belah pihak dengan sebaiknya.Aku x nafikan yang berita di TV tempatan agak over dalam memberi maklumat kepada rakyat dan perkara ini juga merupakan antara titik tolak pertama yang buat aku rasa kerajaan xberapa adil ketika itu aku masih di sekolah menengah iaitu tiada kebebasan media yang aku lihat kat Malaysia..Aku dulu pun mentah dan muda..semua yang ada di TV semua aku angguk dan telan bulat2. Tapi disebabkan makin lama makin berkembang otak manusia sesuai dengan umurnya aku mula berfikir yang pihak pembangkang dekat Malaysia ni memang tak selalu masuk TV ka? Aku mula nampak ketidak adilan di situ..dan ini xdak kaitan dengan dakyah pembangkang sikit pun..Orang macam aku dapat tengok kekurangan kerajaan melalui kekuatan mereka sendiri.
Maka makin lama makin aku tertarik membaca blog-blog dan tulisan-tulisan yang pro-pembangkang...Aku boleh dikategorikan sebagai apa yang penyokong BN katakan orang BODOH sebab terpedaya dengan dakyah dan helah pembangkang..tapi aku xkisah semua itu.Aku cuma nak tengok bagaimana pembangkang memerintah nanti..adakah ianya seperti apa yang diharapkan rakyat ataupun sebaliknya sebab aku percaya yang kita ada kuasa dan jikalau kerajaan sedia ada boleh tumbang hasil usaha rakyat apatah lagi bakal kerajaan baru nanti kalau2 taik juga yang mereka berikan pada rakyat. Ada yang kata kalau pembangkang memerintah nanti jangan menyesal la kalau hak2 kita tergadai. Bagi aku kita xperlu takut dengan slogan sedemikian. Percaya la pada apa yang kita pegang cuma aku agak terkilan bagaimana sesetengah orang dengan senang-senang menghina Ulama.
Jikalau aku silap dalam hal ni maka awal lagi aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi ingatkan aku betapa bahayanya pembangkang dan diharapkan kalau sebaliknya moga kita sama2 peroleh manfaat dari perjuangan kita walaupun berbeza lane dia. Kearah Malaysia yang lebih baik sebab Saya Pun Sayangkan Malaysia
P/s : Lagu ni penyanyi dia yahudi..sorry la kalau2 aku xtersengaja jadi agen yahudi...lirik dia pun xdak kaitan sangat..
Maka makin lama makin aku tertarik membaca blog-blog dan tulisan-tulisan yang pro-pembangkang...Aku boleh dikategorikan sebagai apa yang penyokong BN katakan orang BODOH sebab terpedaya dengan dakyah dan helah pembangkang..tapi aku xkisah semua itu.Aku cuma nak tengok bagaimana pembangkang memerintah nanti..adakah ianya seperti apa yang diharapkan rakyat ataupun sebaliknya sebab aku percaya yang kita ada kuasa dan jikalau kerajaan sedia ada boleh tumbang hasil usaha rakyat apatah lagi bakal kerajaan baru nanti kalau2 taik juga yang mereka berikan pada rakyat. Ada yang kata kalau pembangkang memerintah nanti jangan menyesal la kalau hak2 kita tergadai. Bagi aku kita xperlu takut dengan slogan sedemikian. Percaya la pada apa yang kita pegang cuma aku agak terkilan bagaimana sesetengah orang dengan senang-senang menghina Ulama.
Jikalau aku silap dalam hal ni maka awal lagi aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi ingatkan aku betapa bahayanya pembangkang dan diharapkan kalau sebaliknya moga kita sama2 peroleh manfaat dari perjuangan kita walaupun berbeza lane dia. Kearah Malaysia yang lebih baik sebab Saya Pun Sayangkan Malaysia
P/s : Lagu ni penyanyi dia yahudi..sorry la kalau2 aku xtersengaja jadi agen yahudi...lirik dia pun xdak kaitan sangat..
F.U.C.K
Aku nak hadiah kan satu jari tengah buat mana-mana peminpin yang akan, sedang atau sudah lupa jasa rakyat yang bermati-matian bejuang untuk parti tersebut dengan harapan hak mereka dikembalikan dan kepercayaan dengan apa yang di tanam dalam fikiran mereka tentang indahnya kerajaan pimpinan yang mereka pilih dan juga kepada pemimpin yang sembang kencang di puncak tapi lupa nak tunjuk betapa benarnya kata-kata hang.
Dengan garangnya berkata "Jangan Cabar Saya" tapi orang ajak buktikan di medan debat pun bagi alasan macam orang xdak konek atau lebih malang bergenital seperti wanita. Hang boleh kata rakyat yang nak tuntut benda yang elok sebagai manusia yang memalukan negara dan dengan penuh senyuman serta kata-kata menyindir tajam bagai walhal rakyat tenat dibelasah,disembur air kimia, hidu gas pedih dan dicaci mereka yang lansung xpaham apa erti pilihanraya bebas. Mungkin ada yang akan kata kita sudah ada sistem pilihan raya yang adil. Memang sistem tapi bukan pengamal! Sekian..
Monday, April 9, 2012
I'm writing without thinking
Ramai di kalangan rakan yang dah berjaya dengan hasil kerja keras mereka bahkan ada yang sudah ada nama pena yang tercetak di kulit keras sebuah buku. Bangga diselangi dengan cemburu..Ya! Mereka hebat dan dapat berfikir sehingga ada jugak buah tangan yang boleh dijaja. Tidak dibafikan juga kadang-kadang melihat buah bicara orang-orang hebat yang tidak perlu saya nyatakan di sini kerna anda semua sedia maklum membuatkan saya rasa kerdil dan ingin setaraf dengan mereka. Ada seorang teman lama mengatakan saya unik dengan cara saya sendiri.. Bagi saya semua orang unik kerana DNA setiap dari kita memang dalam susunan yang unik dan tersendiri. Memang dari sekolah menengah lagi saya bukan la individu yang menyerlah bahkan selalu saja mengecewakan sesiapa yang mengharap. Tapi dalam diri ini kekadang muncul satu rasa yang tidak terdefinisi dengan perkataan mahupun percakapan. Satu rasa yang ingin menunjukkan bahawa aku juga boleh..nama aku juga boleh dicananag seperti mereka. Bagi saya sudah lumrah juga mereka yang berjaya semasa di sekolah menengah sering kali menjadi bualan para guru disertakan dengan pujian-pujian bonus seperti mereka yang berjaya ini semuanya serba boleh termasuk akhlak dan kokurikulum. Apa pula yang terjadi kepada yang tinggi nilai akhlaknya tetapi bukan rezeki mereka untuk dapat keputusan yang cemerlang dan bagaimana pula perasaan mereka yang tidak di bisik sekalipun kerana tidak pernah memuaskan kehendak sistem pendidikan yang nakkan kuantiti A yang banyak. Ini bukan la seperti entry Why I regret Getting straight A's kerana penulis bukan ada 10 ketul A pun. Itu cerita lain yang tidak mahu saya ulaskan..
Tanya sahaja berapa ramai pelajar mereka yang dapat semua A yang mereka ingat dan berapa pula yang tidak terpapar di slip keputusan peperiksaan mereka 10A 11A dan 12A yang guru-guru ingat. Memang mustahil untuk guru-guru mengingati semua pelajar mereka tapi hakikatnya mereka yang cemerlang sahaja selalu di highlight menggunakan highlighter yang paling fluorecent dan terang.Itu tidak apa sebab apa gunanya bercakap tentang seseorang yang tidak ada jasa. Bukan boleh dibuat sebagai motivasi kepada adik-adik di menengah bawah pun. Betol bukan?
Aku yang tidak pernah dikenali pun rasanya punyai hak untuk berjaya dan kejayaan di dunia tidak memestikan anda berjaya di dalam peperiksaan yang distandardkan sahaja. Dan pada hemat saya orang yang berjaya di dunia adalah orang yang meninggalkan dan mencapai sesuatu yang berguna sebelum matinya. Pandangan demikian masih lagi isi yang besar dan tebal kulitnya..perlu dikupas terlebih dahulu untuk dijamah khasiatnya.
hahaha...maka tamatlah penulisan ini. Bodoh bukan penulisan tanpa berfikir ini dan jikalau ada sebarang perkara yang salah maka maafkan diri yang menulis ini kerna ini adalah penulisan random yang ditaip secara terus tanpa dikaji kesannya terlebih dahulu.. Maka segala argument anda adalah invalid..kahkahkah. Panjang jugak noh
Tuesday, April 3, 2012
Hai Hai Hai
Lama xpost sesusatu..haha...alasan kali ni sebab aku xdak sebab nak menulih dah...nak review pun dah lama x tengok wayang..buku pun dah xtambah baru.so,mati akai la nak tulih apa2..ni semua sebab aku punya spend untuk berhibur dah dikurangkan.Nak berjimat untuk sesuatu yg lebih penting dan dalam erti kata lain masa depan aku jugak...masalahnya ini bukan simpan duit untuk kawin walaupun ianya melibatkan masa depan.Cuma aku xleh heboh kan lagi sebab tu..hahahaha..aku kan misteri orang nya..shit !
Subscribe to:
Posts (Atom)




