Not About Me

Wednesday, November 14, 2012

1Post

Aktif blogger..huh?

Jangan harap.

Nak tulis ni pun pikiaq banyak.

-SEKIAN-

Monday, November 12, 2012

BLOG MAINTENANCE IN PROGRESS

-----load 68%------ 



Thursday, August 30, 2012

wow...aman?seriously?




Aman?huh?taw dak sbb apa 999 sntiasa ja tayang kt TB3 smpai hari ni..sbb 'aman' la..jenayah domestik terlalu banyak sampai xcukup paper ngn berita,kena ada satu lagi slot rancangan jenayah.

Tangan kena tetak,kena tembak depan sekolah anak,bunuh kerat 6 pastu bakaq dalam satu minggu?Aman?Janji ditepati?Kini masa balas harta org?

Ironinya, ayat last dalam buletin utama tadi cakap kita rakyat Malaysia harus bersyukur dengan keamanan yang dikecapi tapi seminit 2 lepas tu tunjuk 999 dengan pengacara lewat 30an berlagak muda kononnya dia la pengacara paling serius cakap pasal kejadian tembak menembak sampai mati.

Taw dak apa bukti sebenaq Malaysia aman,penyamun senang2 balas moto depan public dan org ramai yg dekat xbuat apa-apa.Tu ja..terlalu aman sampai kejadian samun hanya dianggap sekumpulan remaja lawan melawak berebut moto.

yes i'm sitting in front of my lappy and this is the only thing i could do, being a big mouth dude.


Saturday, June 2, 2012

20

Hehe...Alhamdulillah hari ni masuk secara official dah 20 tahun aku tengok dunia..dalam 20 tahun ni macam-macam jugak la aku dapat tengok kat dunia ni...better aku cakap aku start dari 3 4 tahun sebab waktu 2 tahun kebawah aku xleh ingat apa2 yang aku buat. So, papun Happy Birthday to ME..hahahahahahaha..sambut la sorang-sorang aku.Aku saja hide birthday kat Fb sebab nak tengok ada dak yang persan birthday aku..tapi malangnya tidak..haha.padan muka.maka sekali lagi sambut la sorang-sorang aku.xdak family nak sambut dan xdak Cik Siti kali ni. dan sebab aku mai tulih kat blog pun sebab xdak orang nak baca..kah3 Me forever Alone!



Thursday, May 31, 2012

Dilema






p/s : saja takdak keja

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Thursday #1

Sebab utama saya bizi(buat2) sampai jarang tulih status FB,tweet mahupun layan awek ada dalam gambar ni.




Sunday, May 6, 2012

Paranoid


Hari ni aku ada tengok berita 1.30 kat TB3 kata kat eropah kempen anti-Islam semakin meluas..dan semalam aku ada tengok orang post pasal agenda dan tuntutan yahudi melalui beberapa pemimpin pembangkang dekat Malaysia tapi secara article SAHAJA tanpa sebarang pengesahan. Yang anehnya benda tuntutan ni benda yang sama aku tengok dalam video BTN dulu. Sebijik cuma dulunya isu IFC dan setiausaha PAS tapi sekarang melibatkan Ambiga(sebab BERSIH 3.0) dan Lim Guan Eng(sebab pemimpin DAP). Then tiba-tiba aku terfikir dekat eropah ada jugak tak orang yang sebarkan agenda-agenda tersembunyi Islam dan tuntutan Islam maksud aku macam kat Malaysia ni kerana almaklumlah sekarang ni sememangnya Islam sedang berkembang dekat Eropah dan mungkin sebab itu sentimen anti Islam dimainkan untuk memastikan sehabis baik rakyat di negara masing-masing tidak 'terpengaruh' dengan dakwah Islam dan berlaku la kempen macam kat TB3 tu.

Mungkin ini hanya pertanyaan dalam hati kecil aku dan aku pun tak tahu. Kalau pakat tak setuju tak pa la sebab masing-masing ada penilaian sendiri. Mungkin betol dan mungkin salah tapi kalau benarlah seperti yang aku duk rasa ni ada, kita boleh tengok la bagaimana pemerintah menggunakan isu-isu agama demi mengekalkan kuasa mereka ataupun demi kepentingan masing-masing. Mungkin agenda yahudi semua ni betol dan sulit lagi tersembunyi sampai susah nak dibuktikan dengan solid tapi entah la...kenapa aku rasa perkara-perkara macam ni hanya mainan politik.

Bukan sebab aku tak concern dengan agama Islam sendiri tapi kita macam boleh lihat yang semua ni lebih kepada agenda memparanoidkan orang supaya tak memilih yang apa yang mereka nak percaya tapi atas alasan  nak menyelamatkan agama masing-masing. Dah tu siap letak sila share kalau anda sayang kan Islam dan andalah pejuang Islam sebenar. Memang bagus kalau sebarkan info tapi kalau bab share-share ni aku takut aku share benda yang salah dah tu ramai orang pulak percaya. Last-last jadi fitnah terhadap agama..tapi apa-apa pun kita tetap kena beware. Bukan sebab agenda-agenda ni semua tapi beware dengan diri dan iman kita sendiri..tak gitu.Sekian Wallahualam.


P/s : aku tulis tanpa sebarang bukti susulan sebab ni semua hanya pandangan sendirian berhad.dan aku ada sertakan link mengenai paranoid.tapi xtaw la hat ni agenda yahudi gk

http://paxwill.hubpages.com/hub/Paranoia-and-Paranoid-Schizophrenia