Not About Me

Tuesday, April 26, 2011

Kenapa Memancing??

Memancing sememangnya hobi aku dari kecik....haha..tp ramai yg kata memancing ni buang masa dn buang duit..klu nk kata 2 kata la..sbb memancing mmg dh sebati 'kaw' pya dgn diri aku sbb daddy aku pun kaki pancing dn kami xda la setegar mereka yg habiskn 2 3 ribu ntuk set memancing tu..skadar ad batang joran atau org kedah pnggil box kail(sempoi pya b. kedah)..


Apa yg bestnya memancing ni..salah satunya ialah nikmat menarik ikan tu...haha..org yg xpernah memancing mmg payah nk paham..jd apa kata p try dulu bru taw sikit..




tp memancing ni peratus antara kekecewaan dn kegembiraan adalah sama iaitu secara 'probability'nya mengikut special normal distributive ialah 0.5...semuanya mengikut rezeki tuhan jugak..ad masa kita dapat lebih dr cukup dan ada kala tu tunggu 7 jam pun umpan ja yg habih tp hati penuh ngan sumpah seranah dh..sebab tu unggulnya hobi memancing ni.penuh ngn cabaran dn dugaan.


dan yang paling bes nya kalau dapat rasa isi ikan yang dipancing guna tangan sendiri...hahah...tu yang masyuk tu..

Pemancing dikategori kan kepada beberapa kategori..antaranya ialah pemancing profesional,semi-pro dan junior..

Pemancing yang pro ni kebanyakkannya terdiri dari kalangan orang berduit yang lebih bergaya dalam aktiviti memancing mereka.Tidur di laut dalam 3 4 hari xmenjadi masalah buat mereka.Set memancing mereka 1 batang saja dh hampir sama harga ngan kancil second hand..Mereka juga gemar menduga diperairan luar negara dan masuk berkhemah ke dalam hutan rimba semata-mata nak rasa tarikan ikan..dan kebanyakkan pemancing ini ada main target nya tersendiri,..

Pemancing semi-pro ni macam besa la...matlamat ke medan pancing hanya untuk dapat ikan..xkira la ikan apa pun.janji ada supaya nanti bini xberleter secara rambang dan terus menerus di rumah..Pemancing semi-pro kebanyakkannya memancing untuk merehatkan diri dari kesibukkan kerja dan habiskan masa hujung minggu.Tempat memancing yang selalu dikunjungi ialah kolam2 berbayar,tepi2 pantai dan di lubuk2 yang agak mudah untuk diduga.

Yang junior ni secara sedia maklum ialah mereka2 yang masih nak belajar memancing....bermula langkah awal memancing ikan2 puyu dan keli disepanjang sungai.Mereka lebih asyik dan ghairah apabila mendapat tangkapan walaupun ikan itu lansung xmenggerakkan jarum penimbang berat..Mereka ini adalah golongan yang baru nak mengenal tarikan ikan...

No comments:

Post a Comment