Not About Me

Wednesday, August 24, 2011

Tip menipu dalam pelbagai keadaan


Situasi pertama:

terkentut dalam lift

Tip penting:

Jika anda belum melepas, pastikan anda bersiul-siul dan lepaskan dengan sehembus nafas.Lembut tapi selamat....bagi kondisi melibatkan bau yang meroyankan jiwa pembau,jangan pandang sesiapa tapi anda buat muka xpuas hati sambil berbisik sndirian mencarut-carut menyalahkan 'pengentut' tersebut.Sekurangnya anda dah dibuang jauh2 dari list orang yang akan dituduh.Jika anda sudah melepas dan bunyi yang dihasilkan berdesibel tinggi, anda dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kata-kata. Cuma secara tangkas anda mengeluarkan henset anda dan berlakon menulis mesej sambil trsenyum kononnya anda menerima mesej dari yang tersayang dan bunyi yang xsenonoh didengar tadi adalah alert mesej henset anda hatta anda menggunakan henset NOKIA 3310 sekali pun(kalau ada lagi).

Situasi ke-2 :

Spotcheck(sekolah sahaja) kuku panjang...

Tip penting :

Cakap kat cikgu tu kuku panjang ni untuk mempertahankan diri sebab anda merasakan kurang selamat.Nak tambah logic lagi anda buleh juga lakonkan dengan gaya yang lebih meyakinkan dan tambah la beberapa cerpen tentang detik yang anda rasa anda di ekori dan sebagainya. Kalau anda bernasib baik anda hanya akan di lempang2 manja.

Situasi ke-3 :

Kantoi ngan awek tengah smoke padahal duk janji nak berhenti(untuk smoker sahaja)..

Tip penting :

Katakan dengan nada macam anda selalu duk bermanja-manja masa tengah gayut

" Rokok ini bukan abang(buleh di fleksibel kan dengan pelbagai panggilan seperti baby,anja,bucyuk dan sebagainya.almaklum la kapel2 sekarang semakin kreatif salam memberi panggilan manja) yang punya.Ni kedai tu yang suruh try.promotion katanya..."

Kalau xcukup yakin ngan alasan tu(memang nampak xmeyakinkan pun) cakap sahaja dengan nada bersahaja tapi maintain manja

" Alaa...rokok ni ibarat ayang la..xleh tinggal lama2.nanti mesti rindu..ayang rindu kat ucuk x kalau ucuk tinggal lama2.ucuk lagi xbuleh tinggal ayang"..Ayat ni lebih mencairkan tapi kalau awek anda paham falsafah disebalik ayat tu buleh jadi anda akan jadi duda dengan serta merta.

Situasi ke-4 :

Nak pasang 2 awek dalam satu masa...

Tip penting :

1. Pastikan anda bersedia dari segala aspek(mental dan fizikal..xtermasuk metafizik) untuk menerima tohmahan,cacian,bodohan,laki curangan,xsetiaan,jantan xgunaan.

2. kalau ada pesbook tu, buat 2 akaun...satu in reationship ngan awek 1 dan satu lagi married to awek 2..tapi pastikan 22 akaun tu tidak mempunyai mutual atau keberkaitan lansung antara 2 akaun tersebut sama ada dari segi nama mahupun password.

3. Berlaku adil terhadap kedua belah pihak dari segi pelaburan wang ringgit mahupun masa...jangan sampai disyaki.

4. Jangan pakai henset yang buleh letak 2 sim ataupun menggunakan no yang sama untuk kedua-dua awek tersebut.Ini penting untuk mengeakkan anda disepak oleh kedua-dua awek sekali gus apabila terkantoi kerna risiko nak kantoi tu memang terlalu tinggi dan anda terpaksa memerah otak,mengerut dahi,mengorek hidung,mencabut bulu ketiak untuk memberi alasan paling munasabah.


Itu sahaja carutan pada kali ini..renung2kan dan selamat mencuba...kalau xmenjadi atau anda dihina masyarakat setelah mencuba jangan duk cari aku!!Risiko ditanggung seratus peratus oleh para pencuba...

No comments:

Post a Comment