Not About Me

Tuesday, December 27, 2011

Criticism


Cuba anda bayangkan dunia ini tanpa pengkritik...adakah akan aman sentiasa?adakah segala tindakan anda adalah yang terbaik?adakah segala-galanya indah dan stabil?

Bagi aku pengkritik adalah perlu..sebab apa perlu?sebab kritikan la yang akan menghasilkan pengcapaian yang lebih baik..pengkritik la yang akan memastikan orang yang lalai dan leka kembali alert dan pengkritik jugak la yang akan menyediakan lebih banyak kemudahan dan kesenangan.



Kenapa aku cakap sedemikian..sebab pengkritik ni sememangnya akan mengkritik kalau berlakunya sesuatu yang tidak memuaskan hati terjadi.Cuba bayangkan sebagai contoh..anda memerlukan servis yang terbaik dari pihak pentadbiran tapi apa yang anda dapat hanyalah layanan lebih kurang yang sangat menyakitkan hati..disini kritikan itu akan menjadi sesuatu yang perlu.Sebab kita ada hak untuk diberikan layanan yang terbaik.Andai keadaan tersebut terus dibiarkan tanpa ada sesiapa yang mengkritik sememangnya akan mewujudkan huru hara dan ketidakpuasan hati pihak yang terbabit malahan mungkin lebih ramai individu yang akan terlibat dengan servis yang xsmart dari admin tersebut sekali gus memburukkan nama keseluruhan sesebuah institusi atau pentabiran.

Namun begitu,kritikan juga terbahagi kepada kritikan membina dan kritikan haram xmembina lansung..Kalau pengkritik indie selalunya bahasa yang digunakan akan kasar dan lebih menyakitkan hati tetapi dia masih ada point yang bagus dalam kritikannya.tetapi pengkritik yang membuta tuli mengkritik tanpa sebab atau point yang xsepatutnya seperti mengkritik  kaki seseorang  yang tempang serta mengkritik perkara-perkara yang tidak penting haruslah dielakkan.

Sebagai mana juga pemimpin..Mereka juga harus dikritik supaya rakyat atau orang yang berada dibawah mereka mendapat segala hak dan apa yang selayaknya. Pemimpin yang tidak dapat menerima kiritikan sekiranya kritikan tersebut membawa ke arah kebaikan serta menafikannya juga menunjukkan pemimpin tersebut bukanlah seorang peminpin yang layak serta berfikiran terbuka.

P/s: Orang cakap yang kebenaran itu menyakitkkan..apa yang salahnya jika sakit sedikit demi masa hadapan yang lebih indah.

No comments:

Post a Comment