Not About Me

Saturday, December 3, 2011

Ombak Rindu..apa pendapat aku?




Sinopsis cerita ni....Izzah(maya karin) seorang anak dara kampung yang bagos di bawa oleh pak cik nya untuk berkerja di KL.Izzah anak yatim ok...tapi pak cik dia tu seorang perosak anak dara orang dengan menjual izzah kepada tauke kelab malam untuk membayar hutang.Sebelum terlupa,izzah ada member kampung nama Mail(bront palarae) yang minat kat dia sejak dari kecik...scene Mail ngorat Izzah kat tepi bendang agak swittt dan disambut dengan penonton yang secara berpasukan menjerit manja 'weeyyhhhh....comel/sweeettnya' apabila Mail kata nak tunggu izzah kat tepi stesen kereta api masa nak hantaq Izzah pi KL.

Babak yang Mail dengan xmalunya mengaku dia minat nak menikah ngan Izzah

Haris(Aaron Aziz) seorang anak muda kaya yang kaki perempuan pada mulanya nak melanggan Izzah setelah Izzah dijual kepada tauke tersebut tapi terus beli ngan harga 3 kali ganda..Dipaksa melayan nafsu Haris yang meraban Izzah merayu supaya ambil dia jadi isteri sebab Haris lelaki yang pertama menyentuhnya dan alang2 nak sentuh biaq bagi halal way daripada sekadar menjadi perempuan simpanan Haris...so, dengan selamberr Haris menikahi Izzah di sungai golok atau mungkin di pattani secara rahsia tanpa pengetahuan mak dia(Azizah Mahazan) dan hanya Pak Dollah saja taw(driver..aku lupa nama pelakon dia)..lama-kelamaan dengan disertakan sikap Izzah yang bermoral serta bernilai murni Haris akhirnya sedar sedikit demi sedikit dia menyayangi Izzah...dan kemuncak kesayangan nya adalah pabila Haris rasa bersalah kerana memukul serta mencaci Izzah mengangka mengandungkan anaknya..rupa-rupanya itu sindrom morning sickness Izzah...usaha Haris untuk mencairkan jiwa penonton diteruskan dengan luahan kata2 cinta di celah-celah batu ditemani bunyi ombak.Agak romantik bagi aku..

"Saya cinta kan Izzah..BTW..panggil saja I Abg" kata Haris dengan irama meremang bulu tengkok


Pergolakakan bermula apabila Mila(Lisa Surihani) artis yang baru pulang dari mengerjakan belajar di Amerika menuntut untuk berkahwin dengan Haris kerana perkahwinan mereka telah dirancang sekian lama..mereka merupakan teman rapat dari kecil..dan diburokkan lagi dengan kehadiran mak Haris yang menganggap Izzah perempuan simpanan sejati..tapi xpa la kawin jugak la ngan si Mila tu...

Konflik punya konflik,last Haris excident masuk hospital...mai la si Azizah Mahazan menjadi antagonis dengan menghalau Izzah semasa Haris xsedaq....dan buruk kan Izzah setelah Haris sedaq.dan Haris pun menghalau Izzah dari hidupnya selepas puas difitnah oleh mak dia tentang Izzah ada laki lain padahal Mail dah bertunang dah pun...xtahan dengan perangai burok mak Haris tu, Pak Dollah nekad dengan membongkar kebenaran yang Haris tu sebenaqnya anak dia siap bawak mai bukti dokumen lusuh lagi.
Menyesal dan rasa bersalah..tu ja Haris rasa pastu cari balik bini dia...jumpa bini dia mintak maaf suma cukup then bersama balik..cerita ni di akhiri dengan Mila menarik diri daripada perkahwinan tersebut kerana xsanggup bermadu dan mereka mencari kebahagian masing-masing dengan jalan sendiri.


The End..bahagia la depa..


Pada mulanya aku x kompiden sangat nak tengok cerita ni..tapi disebab kan xdak kerja ya amat so aku pun pi la tengok jugak walaupun xbawak awek..cerita2 camni kalau bawak awek syok la...

sebelom cerita start macam besa la..ada dulu iklan2 dia..antara iklan2 yang aku tertarik nk pi tengok nanti adalah cerita bertajuk 8jam lakonan abang sam pujaan ramai wanita dan juga pengarah2 filem.Pastu ada satu cerita tajuk suatu malam kubur berasap...dia punya trailer memang lawak tapi macam besa la..masih lagi cerita yang xmembina...sekadar hiburan ringan..xpa..nanti kalau aku boring lagi boleh la pi tengok..

Starting cerita Ombak rindu ni aku dah nak gelak tapi kover sikit sebab satgi orang kata aku gila..dah la tengok sorang2 pastu gelak xbersebab.Aku nak tergelak sebab Maya Karin pi tidoq atas batu kat tepi pantai sambil pegang layang-layang...dan ada ayat2 pujangga yang diselitkan berkaitan dengan layang2 tu..yang aku xleh belah nya dia pi tidoq atas batu ngan teritip suma cukop..bagi aku agak xrasional scene yang macam tu. Banyak scene kat kawasan2 yang aku kenai sebab sumanya sekitar Kedah jugak macam tempat tinggai Mail ngn Izzah kat bendang tu..sungai hat Mail pi terjun nak ambik jam Izzah tu Sungai Udang nak dekat Yan  tu. Pulau yang mengadap rumah Haris ngan Izzah tu pulau Bunting kat Yan jugak...pantai hat depa duk bercengkarama tu rasanya tempat aku pernah pi mancing dulu(hat ni tipu..). Cuma aku xsure rumah kaya sapa kat bendang yang depa buat jadi rumah mak Haris tu...

Rasa macam kat Sungai Udang...rasa ja la..

Manly tear jugak la masa kat Izzah nak kena halau tu..Azizah Mahazan berjaya buat aku meluat dengan lakonan ibu kaya yang xsedaq diri dia dengan gaya mewah tapi xberadap/mulut lancau/muka burok. baju ketat lisa surihani dan julia ziegler yang buncit turut membuat aku tersentak dan nak terkentut terbahak-bahak..babak-babak melayan suami edisi Maya karin juga menjadi dan xhambar...secara keseluruhan filem ni berentak slow dan xsesuai bagi mereka yang gemarkan aksi pantas serta jeneh2 bloodshed...aku mula2 boring gak tapi diisi dengan sedikit jenaka2 dan babak romantik yang aku sendiri xmampu nak apply kalau dah nikah nanti membuat kan filem tu agak boleh gagah la kalau nak mai layan ngan awek..lakonan Aaron Aziz sekali lagi membuatkan anak2 dara serta makcik separuh umur dalam panggung tu berimaginasi supaya suami atau bakal suami mereka romantik nak mcam tu jugak dan sanggup menangis untuk mempertahankan cinta....Aku bagi 6.2 dari 10 markah...hahahahahahaha



p/s : jangan ambik sirius sangat dengan ulasan ni..

6 comments:

  1. hummm...byk komen positif aku baca pasal crita ni... kna dload ni =p=p=p

    ReplyDelete
  2. download la...sbnqnya kbnykkan crita melayu la org xharap ngt nk p tgok..tp disebabkn ad org mcm aku yg borign teramat..maka dapat la depa 7 8 juta

    ReplyDelete
  3. best hat mna muiz?hat prut buncit tu ka??hahahah...

    ReplyDelete
  4. komen mcm haram... hg kata hati batu, xjiwang.. pi mati la wei!!

    ReplyDelete
  5. batu dh la tara ni....xp ngn awek pun..haha

    ReplyDelete